Alhamdulillah sekarang kita telah memasuki bulan Rejab..Di sini saya ingin berkongsi beberapa fadhilat bulan rejab yang saya kutip dari sebuah kitab iaitu kitab " Amalan & kelebihan bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan ", karangan :Ustaz Ahmad Zulaili Hj. Zamri ..
Antara kelebihan bulan Rejab ialah :-
- berpuasa sunat Rejab 20 hari, maka Allah swt akan mengampunkan dosa-dosanya yng lalu.
- berpuasa sunat Rejab 19 hari, maka Allah swt akan membina untuknya sebuah mahligai di syurga.
- berpuasa sunat rejab 5 hari, akan diamankn daripada azab kubur.
- berpuasa sunat Rejab 6 hari, akan dikeluarkan dari kubur pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya.
***************************
Adapun, mengenai berpuasa di dalamnya (Bulan Rejab), maka sesungguhnya banyak hadis yang menerangkan kesunatannya. Diantaranya, seperti hadis yang diriwayatkan oleh Baihaqi dalam "Syu'bin Imani", dari Anas r.a bahawa Nabi saw bersabda :
"Di dalam syurga terdapat sebuah sungai yang disebut sungai Rejab, yang airnya jernih daripada susu dan lebih manis dari madu. Barangsiapa berpuasa satu hari di dalam bulan Rejab maka akan diberi minum oleh Allah dengan air dari sungai tersebut."
(Dinukilkan dari kitab : Duratun Nasihin)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan