Sabtu, 14 Jun 2014

Syurga.

Ibnu Abbas r.a berkata : " Syurga itu mempunyai 8 pintu emas yang bertaburan permata. Pintu pertama tertulis : "Laailaaha illallaahu Muhammadur rasulullaahi",ini adalah pintu masuk untuk para Nabi, para Rasul, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang yang bersedekah.

Pintu yang kedua adalah pintu masuk untuk orang-orang yang mengerjakan solat, yang mereka itu menyempurnakan solat dan wudhuknya.

Pintu yang ketiga adalah pintu untuk orang-orang yang mengeluarkan zakat hartanya.

Pintu yang keempat adalah pintu masuk untuk mereka yang menyuruh berbuat baik dan melarang berbuat mungkar.

Pintu yang kelima adalah pintu masuk untuk orang yang menahan nafsu syahwatnya.

Pintu yang keenam adalah pintu masuk untuk orang yang mengerjakan haji dan ibadah umrah.

Pintu yang ketujuh adalah pintu masuk untuk para pejuang.

Pintu yang akhir iaitu pintu yang kelapan adalah pintu masuk untuk orang-orang yang memejamkan penglihatannya dari segala macam yang haram, orang-orang yang mengerjakan kebaikan serta kebajikan. berbuat baik kepada orang tua dan menghubungkan silaturrahmi, serta perbuatan-perbuatan baik yang lain."
(Daqa'iqul Akhbari)

( Dinukil dari kitab : Duratun Nasihin )

#Rumusanya ; Apakah kita sudah fikirkan pintu mana yang ingin kita masuk? Islahlah diri dan perbaikilah amalam. Wa'llu a'lam..

Selasa, 10 Jun 2014

Pengertian Qarin.

"Sesiapa yang berpaling dari pengajaran Allah yang Maha Pemurah (al-Quran), Kami adakan baginya syaitan maka syaitan itulah menjadi teman (al-qarin) yang menyertainya"
(Surah az-Zukhruf : ayat 36)
Rasulullah berkata berkenaan qarin :
"Tidak ada seorang pun daripada kamu yang tidak diwakilkan oleh Allah swt qarin (teman) daripada bangsa jin. Para sahabat bertanya, "Apakah qarin itu juga diperuntukkan untukmu, wahai Rasulullah saw?" baginda menjawab, Juga untuk saya, tetapi allah swt menolongku terhadapnya, lalu ia masuk Islam dan ia tidak akan menyuruhku kecuali pada kebaikan".
 (Dilaporkan Muslim dan Mas'ud)
Qarin adalah salah satu daripada suku jin yang ditugaskan Allah swt supaya selalu mengikut manusia dalam setiap aktiviti harian mereka. Jin qarin ini tahu perjalanan hidup yang di dampingnya dan mempunyai data lengkap berkenaan orang yang didampinginya. Qarin mengetahuai perjalanan hidup daripada orang itu lahir sehingga dia meninggal dunia. Ini memudahkan qarin menceritakan semua perkara berkenaan orang yang pernah didampinginya serta menambah perbagai cerita bohong berkenaan orang itu. 

Qarin mungkin juga masuk Islam melalui pengaruh manusia, hal tersebut di jelaskan oleh Dr. al-Asyqar.:
"Boleh jadi seorang muslim mampu mempengaruhi jin pendampingnya kemudian jin itu masuk Islam."
Tetapi menurut Syeikh Wahid Abdus Salam Bali, pakar Ruqyah daripada Timur Tengah:
"Apa yang dikatakan oleh Dr.al-Asyqar perlu ditinjau kerana pernyataan menunjukkan setiap muslim dapat mempengaruhi jin pendampingnya hingga masuk Islam, bahkan secara tegas beliau menyatakan perkara itu. Sedangkan yang sebenarnya tidaklah begitu kerana penjelasan dalam hadis itu secara lahiriahnya menunjukkan perkara itu khusus untuk Rasulullah saw. Sesiapa yang menyatakan ia juga terjadi kepada masyarakat umum, maka dia perlu mengemukakan dalil. Sepanjang yang saya ketahuai tidak ada dalil yang mendukung pendapat itu.." 
(nukilan dari pengarang : Malik Faisal, dalam kitabnya : Jampi Jelmaan Al-Quran dan Hadis Membongkar Rahsia Alam Jin dan Sihir)

# Rumusannya, qarin itu adalah jin dan dia (qarin) itu tidak Islam. Wallahu'alam.

Ahad, 8 Jun 2014

Sejarah Perkembangan Agama Hindu.


Mengikut kajian fakta sejarah, agama ini wujud hasil pertembungan antara 2 bangsa yang berbeza iaitu Bangsa Dravidia yang merupakan penduduk asal lembah Indus dan Bangsa Arya yang merupakan satu bangsa dari Persia yang datang ke Lembah Indus.

Bangsa Arya pada ketika itu telahpun mempunyai struktur agama mereka yang dikenali sebagai Arya Dharma. Dharma bermaksud jalan hidup atau agama, jadi Arya Dharma bermaksud " jalan hidup Arya". Bangsa Arya ini dikatakan mempunyai satu tuhan sahaja,

Setelah mereka berpindah dan menjejaki Lembah Indus, mereka pun mula bergaul dengan penduduk Lembah Indus iaitu Bangsa Dravidia, lalu kepercayaan mereka mula bercampur dengan kepercayaan yang telah diamalkan di lembah tersebut. Menurut catatan sejarah dan kajian ketamadunan, penduduk di lembah tersebut sememangnya didapati mempunyai kepercayaan politesme iaitu satu kepercayaan yang mengamalkan penyembahan menganuti kewujudan banyak dewa atau tuhan di alam ini. Hasil dari percampuran ini lahirlah dan berkembangnya agama Hindu.

Menurut sesetengah sarjana dan pengkaji agama, perkataan Hindu itu sebenarnya berasal daripada perkataan Sindhu atau Indus iaitu sebuah sungai yang terdapat di India. Penamaan agama ini sebagai Hindu adalah berasal atau bersemperna dengan kedudukan asal pengamal kepercayaan dan falsafah Veda ini, iaitu di sekitar Lembah Indus. Malah, agama Hindu pernah menjadi amalan dan kepercayaan rasmi bagi sebuah tamadun yang merupakan tamadun yang tertua di dunia iaitu Tamadun India (sebelum 3000 tahun B.C) yang pernah berpusat di Lembah Indus.

(nukilan kitab : Agama-agama di Dunia , terbitan : Universiti Sains Islam Malaysia)

Isnin, 2 Jun 2014

Download Kitab Khat Riq'ah ( free )


Assalamualaikum..segala puji itu hanyalah kepada Allah serta selawat dan salam kepada nabi Muhammad saw saya selawatkan..alhamdulillah,di sini saya ingin berkongsi buku khat thulus yang saya peroleh dengan rakan-rakan sekalian. Rakan-rakan sekalian yang minat untuk belajar khat Riq'ah boleh la rakan-rakan sekalian download karya ini di sini.

sila klik : DOWNLOAD

Insyalah,yang baik itu dari Allah swt..dan yang lemah dan kurang itu dari kelemahan dan kesilapan saya.

Wallahua'lam.