Selasa, 28 Oktober 2025

Jenis puyuh pedaging/penelur

 Assalamualaikum sahabat...saya di sini ingin menjelaskan beberapa jenis puyuh yang seringkali di jadikan puyuh pedaging/penelur. 

Coturnix QuaiL

Ini adalah salah satu baka puyuh yang paling popular dan tertua. Ia bermula pada abad ke-11 apabila mereka dijinakkan di Jepun.

Burung puyuh Jepun mempunyai bulu coklat dengan jalur coklat buff berbintik-bintik dengan jalur hitam yang lebih kecil yang mengalir di bahagian atas kepala.

Selain itu, puyuh betina adalah berbeza, dengan bulu di dadanya pucat/keputihan dan berbintik-bintik gelap.
Puyuh coturnix ini kecil, seberat 3 hingga 10 oz, dan boleh disembelih dalam masa 5 hingga 7 minggu selepas penetasan.

Mereka adalah puyuh yang berkembang pesat dan mudah diurus. Puyuh ini boleh hidup subur di sangkar atau di lantai
Anda boleh membesarkannya selama 2 hingga 2.5 tahun.

Bobwhite Quail

Bobwhites ialah puyuh yang kepalanya kecil Dan ekornya agak pendek dan agak bulat.

Puyuh ini bertubuh agak berisi. Bulunya berwarna coklat diselang dengan bulu hitam dan putih. Ekor puyuh jenis ini, ekornya berwarna kelabu agak kecoklatan sikit.

Puyuh jenis ini seringkali di budidayakan di amerika, Canada, Meksiko dan Cuba.

Texas A&M Quail


Seperti namanya...puyuh ini seringkali di temukan Di Texas.

Warna puyuh ini kebanyakan putih pada keseluruhan bulunya dan di temui juga terdapat warna kelabu di bahagian dada dengan berjalur putih.

Puyuh jenis ini hanya di ternak untuk mendapatkan dagingnya saja sahabat. Proses pembesaran untuk puyuh jenis ini Pula adalah selama 6 - 8minggu dari penetasan. Berat yang sesuai untuk tuai pula adalah di sekitar 10 - 13 oun. Puyuh ini dikatakan juga mampu hidup lebih dari 1 tahun 5 bulan..

Jumbo Coturnix Quail


Puyuh jenis ini antara puyuh yang terbesar di kalangan keluarga puyuh. Puyuh ini seringkali di budidayakan sebagai puyuh pedaging.

Warna puyuh ini seakan puyuh pharaoh tetapi bentuk mukanya agak bulat berbanding pharaoh yang agak panjang.

Pertubuhan puyuh ini cepat, hasil boleh dituai sekitar 6 - 8 minggu dari penetasan. Kemampuan hidup/hayat puyuh ini selama 3 tahun..

Pharaoh Quail



Puyuh ini matang lebih cepat dalam masa 6 minggu dan membesar sepenuhnya pada 10 minggu.

Anda boleh mengenal pasti puyuh pharauh dengan bulu berbintik kuning atau coklat dan jalur putih di atas mata.

 Puyuh jantan pharauh membesar sekitar 5-6 auns berbanding puyuh betina pharauh yang hanya berat 4 - 5 auns.

Puyuh ini mudah besar dalam sangkar tanah. Dengan kata lain peliharan di atas tanah berbanding di reban/sangkar. Hal ini kerana puyuh mggunakan sangkar tanah, puyuhnya lebih gemuk berbanding puyuh di sangkar jaring...ok sekian.

Isnin, 11 Ogos 2025

26 HABAIB YANG MAHSYUR DI NUSANTARA

Di sini saya paparkan beberapa habaib dan kata-kata/Mutiara nasihat mereka yang mahsyur di suatu ketika dahulu dalam mendakwahkan Islam di Nusantara.















1)Al Habib Husein bin Abubakar Al Aydrus. (Jakarta)

Kata-kata Habib Husein dalam meyakinkan ibunya tenang niatnya untuk berdakwah ke Gujarat.

"WAHAI IBUKU, JANGANLAH TAKUT Dan BERKECIL HATI, APAPUN YANG TERJADI AKAN AKU HADAPI, DAN SENTIASA KITA BERTAWAKKAL KEPADA ALLAH SWT, KERANA SESUNGGUHNYA ALLAH SWT BERSAMA KITA 


2)Al Habib Ahmad bin Abdullah bin Thalib Al Attas. (Pekalongan)

3)Al Habib Abdullah bin Muhsin Al Attas. (Bogor)

Antara nasihat Habib Abdullah bin Muhsin...

"PEMUDA YANG SEJATI ADALAH PEMUDA YANG SELALU MENGGUNAKAN AKHLAK DAN BUDI PEKERTINYA"

"SETIAP ORANG PERLU MENYEDARI AKAN KEBODOHANNYANYA, MESKIPUN DIA TELAH BERADA DALAM DARJAT TINGGI PADA BIDANG ILMU"

" JADIKAN AKALMU, HATIMU, ROHMU, JASADMU TERISI DENGAN NAMA ALLAH SWT, KERANA BILA SEMUA TERISI DENGAN NAMA-NYA, MAKA ENGKAU TERMASUK ORANG YANG BERBAHAGIA"

4)Al Habib Muhammad bin Idrus Al Habsyi. (Surabaya)

5)Al Habib Muhammad bin Ahmad Al Muhdhor. (Bondowoso)

6)Al Habib Abubakar bin Muhammad Assegaf. (Gresik)

7)Al Habib Ali bin Abdurrahman Al Habsyi. ( Kwitang,Jakarta )

8)Al Habib Alwi bin Muhammad bin Thohir Al Haddad. ( Bogor )

9)Al Habib Husein bin Muhammad bin Thohir Al Haddad. ( Jombang )

10)Al Habib Ja'afar bin Syeikhan Assegaf. ( Pasuruan )

11)Al Habib Ali bin n Husein Al Attas. ( Jakarta )

12)Al Habib Idrus bin Salim Al Jufri. ( Palu, Sulawesi Tengah )

13)Al Habib Abdul Qadir bin Ahmad Bilfaqih. ( Darul Hadis,Malang )

14)Al Habib Muhammad bin Husein Al Aydrus. ( Surabaya )

15)Al Habib Salim bin Ahmad bin Jindan. ( Jakarta )

16)Al Habib Soleh bin Muhsin Al Hamid. ( Tanggul,Jember )

17)Prof. Dr. As Sayyid Muhammad bin Alawi Al Maliki Al Hasani. ( Makkah, Arab Saudi )

18)Al Habib Husein bin Hadi Al Hamid. ( Probolinggo, Jawa Timur )

19)Al Habib Umar bin Hud Al Attas. ( Jakarta )

20)Al Habib Abdul Qadir bin Husein Assegaf. ( Pasuruan )

21)Al Habib Abdurrahman bin Ahmad Assegaf. ( Bukit Duri, Jakarta Selatan )

22)Al Habib Muhammad bin Husein Ba'bud. ( Lawang )

Antara wasiat keempat  Habib Muhammad bin Husein kepada keluarga, sahabat dan muridnya.

"AKU BERPESAN KEPADA KALIAN UNTUK MEMPERERAT TALI SILATURRAHIM , IAITU SEBUAH IKATAN KEKELUARGAAN, KERANA SESUNGGUHNYA SILATURRAHIM ITU SANGAT BERPENGARUH TERHADAP KEBERKATAN HARTA DAN REZEKI SERTA SEBAGAI SALAH SATU PENYEBAB DI PANJANGKANNYA UMUR. SILATURRAHIM ITU MELUHURAN BUDI PEKERTI DAN TANDA-TANDA SESEORANG MENDAPAT KEBAIKAN DI HARI KEMUDIAN...."

23)Al Habib Ali bin Ja'afar Al Aydrus. ( Batu Pahat, Johor )

"ALLAH SWT ADALAH SANG KHALIQ. MANUSIA HANYALAH MAKHLUK, MAKA DARI ITU MANUSIA PERLU MEMATUHI APA PUN PERINTAH SANG MAHA PENCIPTA. BUKANLAH SANG MAHA PENCIPTA YANG MEMATUHI PERINTAH MANUSIA "

24)Al Habib Muhammad Anis bin Alawi bin Ali Al Habsyi. ( Solo )

Nasihat Habib Muhammad Anis kepada seorang ayah yang mengeluh tenang anaknya

" DALAM MENDIDIK ANAK, SESEORANG AYAH PERLU SABAR. JANGAN BERSIKAP KERAS, APALAGI MENJAUHI ANAK. SEBAB APABILA KITA MENJAUHINYA, MAKA ANAK AKAN SEMAKIN MEMUSUHI KITA. JADI DALAM MENDIDIKNYA, KITA PERLU TETAPI DEKAT DAN BICARA SECARA HALUS. DENGAN BEGITU INSYALLAH ANAK TERSEBUT AKAN SEDAR "

25)Al Habib Hasan bin Ahmad Baharun. ( Raci, Bangil )

26)Prof. Dr. Al Habib Abdullah bin Abdul Qadir Bilfaqih. ( Malang )

" JADILAH ORANG-ORANG YANG SOLEH, KERANA ORANG-ORANG YANG SOLEH AKAN BAHAGIA DI DUNIA DAN AKHIRAT. DAN JADILAH ORANG-ORANG YANG BENAR, JANGAN MENJADI ORANG YANG PINTAR, KERANA ORANG YANG PINTAR BELUM TENTU BENAR, TETAPI ORANG YANG BENAR SUDAH PASTI PINTAR "

Menurut buku "Mutiara Habib Nusantara" karangan : Abdul Qadir Umar mauladdawilah, terbitan inteam publishing

Rabu, 5 Februari 2025

Menurunkan kolestrol dengan rambut/bulu jagung


Ramuan berbentuk minuman sihat ini berguna untuk pengubatan DARAH TINGGI, SERANGAN JANTUNG, PEMBULUH DARAH YANG MENGERAS, MENCEGAH PENYAKIT KANSER dan juga berkhasiat melansingkan badan.

Bahannya :

* TEPUNG JAGUNG 40G

* RAMBUT JAGUNG/BULU JAGUNG 20G

* KACANG MERAH 15G

* GULA MERAH 50G

* AIR BERSIH 500ML

Cara menyediakannya :

Rambut/bulu jagung di rebus dengan air bersih (500ml) tadi sehingga tersisa 250ml; kemudian disejat dan di ambil airnya.

Kemudian air rambut/bulu jagung itu di masak bersama tepung jagung dan kacang merah; kemudian di biarkan mendidih.

Setelah mendidih, masukkan gula merah dan kacau sehingga sebati.

Setelah siap, sedia untuk di hidang/diminum.

Selamat beramal..

Rujukan :

Resepi Herba Sebagai Penawar Penyakit ; karangan AMINA NOOR ms 55 dan ms 56.

#ubatkolestrol