Selasa, 28 Oktober 2025

Jenis puyuh pedaging/penelur

 Assalamualaikum sahabat...saya di sini ingin menjelaskan beberapa jenis puyuh yang seringkali di jadikan puyuh pedaging/penelur. 

Coturnix QuaiL

Ini adalah salah satu baka puyuh yang paling popular dan tertua. Ia bermula pada abad ke-11 apabila mereka dijinakkan di Jepun.

Burung puyuh Jepun mempunyai bulu coklat dengan jalur coklat buff berbintik-bintik dengan jalur hitam yang lebih kecil yang mengalir di bahagian atas kepala.

Selain itu, puyuh betina adalah berbeza, dengan bulu di dadanya pucat/keputihan dan berbintik-bintik gelap.
Puyuh coturnix ini kecil, seberat 3 hingga 10 oz, dan boleh disembelih dalam masa 5 hingga 7 minggu selepas penetasan.

Mereka adalah puyuh yang berkembang pesat dan mudah diurus. Puyuh ini boleh hidup subur di sangkar atau di lantai
Anda boleh membesarkannya selama 2 hingga 2.5 tahun.

Bobwhite Quail

Bobwhites ialah puyuh yang kepalanya kecil Dan ekornya agak pendek dan agak bulat.

Puyuh ini bertubuh agak berisi. Bulunya berwarna coklat diselang dengan bulu hitam dan putih. Ekor puyuh jenis ini, ekornya berwarna kelabu agak kecoklatan sikit.

Puyuh jenis ini seringkali di budidayakan di amerika, Canada, Meksiko dan Cuba.

Texas A&M Quail


Seperti namanya...puyuh ini seringkali di temukan Di Texas.

Warna puyuh ini kebanyakan putih pada keseluruhan bulunya dan di temui juga terdapat warna kelabu di bahagian dada dengan berjalur putih.

Puyuh jenis ini hanya di ternak untuk mendapatkan dagingnya saja sahabat. Proses pembesaran untuk puyuh jenis ini Pula adalah selama 6 - 8minggu dari penetasan. Berat yang sesuai untuk tuai pula adalah di sekitar 10 - 13 oun. Puyuh ini dikatakan juga mampu hidup lebih dari 1 tahun 5 bulan..

Jumbo Coturnix Quail


Puyuh jenis ini antara puyuh yang terbesar di kalangan keluarga puyuh. Puyuh ini seringkali di budidayakan sebagai puyuh pedaging.

Warna puyuh ini seakan puyuh pharaoh tetapi bentuk mukanya agak bulat berbanding pharaoh yang agak panjang.

Pertubuhan puyuh ini cepat, hasil boleh dituai sekitar 6 - 8 minggu dari penetasan. Kemampuan hidup/hayat puyuh ini selama 3 tahun..

Pharaoh Quail



Puyuh ini matang lebih cepat dalam masa 6 minggu dan membesar sepenuhnya pada 10 minggu.

Anda boleh mengenal pasti puyuh pharauh dengan bulu berbintik kuning atau coklat dan jalur putih di atas mata.

 Puyuh jantan pharauh membesar sekitar 5-6 auns berbanding puyuh betina pharauh yang hanya berat 4 - 5 auns.

Puyuh ini mudah besar dalam sangkar tanah. Dengan kata lain peliharan di atas tanah berbanding di reban/sangkar. Hal ini kerana puyuh mggunakan sangkar tanah, puyuhnya lebih gemuk berbanding puyuh di sangkar jaring...ok sekian.