Ahad, 19 September 2010

Pembahagian Riba

Riba terbahagi kepada 3 iaitu;

  1. Riba al-fadh (ربا الفضل), ianya merupakan pembelian barang ribawi dengan barang ribawi dengan jenis yang sama dan berlaku penambahan pada salah satu daripada barang tersebut;contohnya "Ali membeli secupak gandum(barang ribawi) miliknya dengan dua cupak gandum(barang ribawi) milik penjual", maka jual beli ini di anggap riba al-fadh. Riba jenis ini jgak berlaku Syarat berlakunya jual beli barang ribawi adalah barang tersebut sama nilai,barang tersebut mesti ada pada tangan penjual dan serta-merta,tiada penangguhan.
  2. Riba an-nasiah (ربا النسأة), ianya merupakan 'penangguhan' pemberian barang daripada penjual mahupun daripada pembeli'; contohnya "aku beli emas ini,dan aku bayar sebulan lgi",maka jual beli ini dikira riba an-nasiah. Boleh jga dikatakan sebagai hutang.
  3. Riba al-yad (ربا اليد) pembelian barang ribawi yang tidak menyebit penangguhan tetapi melalukan penangguhan ;contohnya "Ahmad membeli mata wang dan proses pembelian itu selama 3 hari",maka disini penjual tidak menyebut 'tangguh',tetapi ia melakukan penanguhan. riba jenis ini hanya terdapat dalam mazhab syafie sahaja. Menurut kitab fathul muin; pengarang telah mendefinasikan riba al-yad sebagai "yaitu bila mana penjual atau pembeli dalam jual beli ribawi telah meninggalkan majlis akad sebelum saling menyerah"

Khamis, 5 Ogos 2010

mazhab-mazhab yang ada dalam agama yahudi


Di antara mazhab utama dalam agama Yahudi ialah :-

a. Farasiyun (Rabbaniyun)

b. Soduqiyun

c. katabah

d. Hadasiyun

e. Samiriyun

f. Qurraayun.

Golongan "Katabah" pada asalnya merupakan penyalin atau tukang tulis kitab suci kepada sesiapa yang menghendakinya.

Selasa, 27 Julai 2010

kelebihan ilmu tajwid

Alhamdulillah,bersyukur kita kepada Allah dengan segala nikmat yang telah Dia (Allah) jadikan buat kita ni sebagai hamba. dengan kita bersyukur maka Allah sendiri yang akan menambah nikmat yang lebih baik buat kita..,iaitu nikmat syurga yang mana bukan saja kita yang beragama islam malah orang-orang kafir pn menginginkan nikmat tersebut,insya Allah!!.di mana Allah telah meletakkan kemuliaan yang besar buat umat akhir zaman ini??tentu lah iaitu dengan Dia menurunkan kekasihNya yang paling Dia sayang iaitu baginda rasul kita Muhammad SAW itu sendiri buat memimpin umat ini.Allah telah menghiasi kekasihNya dengan sebuah kitab yang paling mulia jika nk di bandingkan dengan kitab-kitab Allah yang lain iaitu Al-Quran.

Mesti kita ingat dengan adanya Al Quran itu saja tidak menyebabkan kita telah melaksanakan perintahNya.Hal tersebut adalah kerana Allah menyuruh kita untuk beribadat kepadaNya. Jadi bagaimana nak beribadah kalu perintah Allah dalam Al Quran pun kita xtahu..jadi perlulah bagi kita mengkaji apa yang Allah letakkan pada Al quran??apa ilmu yang terangkum dengannya??apakah bahasa Al quran??kenapa ia diturunkan dalam bahasa itu???mestilah kita ingat bahawa Al quran ini juga terkandung banyak perintah Allah (hukum syara').bagaimana kita hendak ketahuai Al quran itu sendiri sedangkan ianya diturunkan dalam bahasa arab. jadi perlulah bagi kita belajar bahasa arab.
Mula-mula sekali,,apa yang kita nk belajar/apakah kaedah yang mula-mula sekali kita kena belajar??

Bila kita umur 6 tahun/5tahun,mesti ibu kita menghantar kita ke tadika..jadi,tuan-tuan kepada ibu kita buat macam tu???kenapalah ibu kita tidak menghantar kita ke universiti terus??kan senang!!boleh la kita graduate sekali dengan ibu kita..hanya ibu yang xberapa cerdik saja yang buat macam tu,,dah tahu anak tu perempuan, nak jugak ibu tu pakaikan pakaian laki-laki..kan bermasalah tu!!
jadi,dah tentulah nk kita belajar dari mula,walaupun kita ni dah pandai berbahasa melayu..cuba tuan-tuan bayangkan, agak-agak tuan-tuanlah..adakah anak-anak tuan tu diajarkan ilmu rumah tangga???atau ilmu ternak lembu??dah tentu tidak..anak-anak tuan diajarkan dengan "mengeja","menulis","menyanyi"(tran moden) dan banyak lagi.

Oleh itu,bahasa arab pun macam tu jugak..mula kena mengeja,kemudian menulis,kemudian melagukan,kemudian baru boleh paham Al quran tu..dah kita paham baru kita boleh melaksanakan perintah Allah.

Saya yakin tuan-tuan,masih ramai di antara kita tersilap kaedah dalam belajar bahasa arab. cuba tuan-tuan tengok dekat masjid-masjid,ramai yang menadah kitab arab.kononnya,nk mendalami ilmu Allah..tapi sebenarnya ianya buat dirinya sahaja. ingt tuan-tuan ilmu ni perlu disebarkan,kalau tidak janji Allah buat tuan pasti sampai xlama lagi. saya yakin orang yang menadah kitab besar-besar,bila dah khatam nanti xdapat mengajar..ini sebab apa tuan-tuan,,sebab kita mengaji tidak ikut kaedah..jadi mari kita bentuk kaedah untuk mengaji bahasa arab.

Pertama sekali kita ni bangsa apa??kita ni kebanyakkan bangsa "ajam" bukan bangsa arab. Jadi bukan senang nak sebut arab. jadi macam mana kita nak sebut arab??haa,disini baru dapat kita lihat bertapa pentingnya "ilmu tajwid" bagi kita ni yang bukan bangsa arab. jadi sampai disini sajalah penulisan saya,segala silap saya itu mmg atas silap dan kelemahan saya.dan dengan itu akhir kata "aku bersyukur atas nikmatMu,ya Allah!!"

Bagi sapa-sapa yang nk belajar tajwid yang ringkas.tuan-tuan klik lah disini

http://www.4shared.com/document/pekQxZ9W/hukum-tajwid.html


Golongan yang menghina al quran

Menurut Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qaiyyim (dalam karangan mereka) bahawa masyarakat di zaman Nabi telah memulaukan al-Quran dengan 5 cara yang utama iaitu:

1. Membiarkan al-Quran tanpa dibaca.
2. Memulaukan al-Quran tanpa digunakan untuk mencari jalan petunjuk.
3. Memulaukan al-Quran tanpa mengambil hukum hakamnya.
4. Memulaukan al-Quran tanpa mengambil kira isinya dan kepentingannya untuk kehidupan.
5. Memulaukan al-Quran dengan tidak menjadikannya sebagai sumber atau jalan penyelesaian kepada pelbagai masalah kehidupan manusia dari segi rohani mahupun jasmani.

Ramai manusia atau umat Islam hari ini tidak sedar akan hakikat ini. Mereka menganggapkan seolah-olah bahawa al-Quran itu hanyalah buku yang perlu disimpan dengan serapi-rapinya di dalam almari-almari tersembunyi tanpa perlu dibaca dan difahami isinya.

Inilah bentuk pemikiran umat Islam pada zaman ini yang cukup sempit. Sebab itulah setiap hari kita dipaparkan dengan pelbagai ragam masalah umat Islam di media-media massa. Ini adalah sebab dan akibatnya mereka memulaukan dan meminggirkan al-Quran.

Ketahuilah bahawa, sebagai umat Islam yang sebenar-benarnya, rujukan kita yang paling agong dan paling tinggi sebagai panduan dan petunjuk jalan kehidupan di dunia ini adalah al-Quranul Karim dan al-Hadis (as-Sunnah) dan seterusnya para ulama dan ilmuan. Tetapi hakikatnya pada hari ini, semua bentuk rujukan tersebut begitu diabaikan oleh para masyarakat secara umumnya.

DOA-DOA HARIAN
TAJWID AL QURAN
KISAH PARA SAHABAT.
DOWNLOAD MP3 AL QURAN

doa harian

HIMPUNAN DOA-DOA DARIPADA HADIS
KEUTAMAAN, PRIORITY, DAN KAEDAH BERDZIKIR / BERDOA

1- BACAAN KETIKA BANGUN DARI TIDUR


اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرِ

“Segala puji bagi Allah, yang membangunkan kami setelah ditidurkanNya dan
kepadaNya kami dibangitkan.”
(HR. Al-Bukhari dalam Fathul Baari 11/113, Muslim4/2083.)

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْد
وَهُوَ عَلَى آُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ. سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ
إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكبَرُوَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِ يِّ
الْعَظِيْمِ. رَبِّ اغْفِرْ لِيْ

‘Tiada Tuhan yang haq selain Allah, Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. BagiNya

kerajaan dan pujian. Dia-lah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu. Maha Suci Allah,

segala puji bagi Allah, tiada Tuhan yang haq selain Allah, Allah Maha Besar, tiada

daya dan kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung’. ‘Wahai, Tuhanku! Ampunilah dosaku’. (Barangsiapa mengucapkan demikian itu, maka dia diampuni. Apabila dia berdoa, akan dikabulkan. Lalu apabila dia berdiri dan berwudhu, kemudian melakukan shalat,maka shalatnya diterima (oleh Allah).HR. Imam Al-Bukhari dalam Fathul Baari 3/39, begitu juga imam hadits yang lain.Dan lafazh hadits tersebut menurut riwayat Ibnu Majah 2/335.)




Sabtu, 8 Mei 2010

tauhid

asssalamualaikum..semua..

kali ini saya hendah kongsi tentang permasalahan tentang tauhid..
sejauh mana kita tahu tentang sirah nabi kita muhammad saw.??saya mengaku say pun kurang arif tentang nabi muhammad saw. hal tersebut kerana,banyak sirah2 nabi muhammad saw telah diselewengkan oleh orang yahudi. kadang2 mereka mempersoalkan tentang suatu isu yang tidak masuk akal contohnya; al quran yang diturnkan kepada nabi. adakah al quran itu kitab yang ditulis sendiri oleh nabi muhammad???
sepatutnya, mereka sudah tahu tentang isu ini..orang kafir hidup dengan zaman nabi pun xpertikaikan yang nabi ini memang ummi (tidak tahu membaca &menulis).jadi kenapa mereka (Orang kafir sekarang ni) mempersoalkan perkara itu???
pelekkn!!!!

kita sebagai orang islam pun berasa pelek dengan persoalan yang diajukkan kepada umat islam. menurut seorang ustaz,hal tersebut adalah untuk meruntukkan aqidah/ pegangan tauhid kita. sesungguhnya mereka (orang2 kafir) sudah tahu tentang kelemahan umat islam sekarang ni. jadi mereka membangkitkan persoalan ni. jadi hati2 dan awasilah pengang kita agar tidak terpengaruh dengan tindak tanduk mereka.

sirah nabi kita iaitu muhammad saw seharusnya kita kuasai dan hendaklah kita hayati.
bagaimana nabi muhammad saw bertungkus lumus menyebarkan islam buat kita. saya ada satu persoalan tentang tauhid,ianya jugak berkait dengan sirah nabi kita muhammad saw. iaitu APAKAH AGAMA YANG MENJADI PEGANGAN KELUARGA NABI SEBELUM NABI MUHAMMAD SAW MENJADI NABI???ingat tuan2, semangnya perkara ini kita xdapat lari dari persoalan tauhid sebegini..jadi,kita perlu bersedia dalam menghadapi semua ini.

sebenarnya persoalan tauhid amat rumit bila hendak dibahaskan. sekali kita perkatakan tentang tauhid dan ia menyalahi tuntutan agama.maka, kita telah mensyirikkan Allah swt. hal tersebut telah pn berlaku pada zaman sahabat dan tabiin lagi,berpecahnya umat islam kerana terlalu taksub dengan pegang/aliran contohnya MUKTAZILAH,SYIAH,SUNNI dan banyak lgi pegang yang menyimpang.

jawapan kepada persoalan tadi,saya pecahkan kepada 3 kumpulan iaitu KEPADA ORG YANG ARIF, KEPADA ORANG YANG MENGIKUT & ORANG YANG JAHIL.

bagi orang yang arif tentang masalah ini, sememangnya menjadi kewajipan beliau untuk mempertahankan maruah nabi muhammad saw daripada diolok2kan oleh orang yahudi dan orang kafir. pertahankanlah kekasihnya..Allah sendiri pun,menjaga maruah nabi saw.
mesti kita tertanya2 bagaimana Allah menjag maruah nabi muhammad saw??pernah xkita dengar tentang menjadi makruh membaca surah al-lahab pada solat maqrib??sudah tentu kebanyakkan kita mengetahui perkara tersebut..jadi,kita pikir kembali,KENAPA ALLAH MELETAKKAN HUKUM MAKRUH ATAS PERBUATAN ITU???dan sepatutnya membaca al quran dalan solat itu menjadi perkara sunat,bukan perkara makruh..betul x?
jadi disini, Allah sememangnya hendak menjaga maruah nabi muhammad saw. surah tersebut mengandungi kisah abu lahab yg merupakan bapa saudara nabi muhmmad saw. apa perasaan kita apabila orang menceritakan kisah buruh keluarga kita??
sudah tentu kita ni yang merupakan manusia berasa geram dan sakit hati bila mendengarnya. itulah sebabnya Allah meletakkan maruh pada perbuatan tersebut..

bagi orang yang hanya mengikut imam mereka. maka hendaklah kita merujuk dahulu kepada imam pegang kita yang mursyid. atau yang lebih afdalnya kita berkata wallah hua'lam...
sebab perkara itu mempu menjejaskan pegangan kita sebagai seorang yang islam sekiranya kita memperkatakan perkara itu secara batil.

bagi orang yang jahil tentang agama islam, sebelum tu saya tidak memfokuskan kepada mana2 individu tentang jahil ini,jadi saya minta maaf sekiranya perkara ini membuat dia terasa atau terguris. ok,seharusnya seorang yang jahil tentang agama islam itu mendiamkan dirinya sekiranya beliau ditanya tentang permasalahan ini. sebab sekiranya dia mengeluarkan pendapat tanpa ilmu, maka beliau telah membentuk tanda2 qiamat sebagai mana mafhum nabi dalam hadisnya,....akhir zaman manusia akan menjadikan orang2 jahil sebagai ketua mereka dan mendengar telunjuk ketua itu..

jadi akhir kata dari saya, seorang ustaz berpendapat bahawa apabila persoalan ini diajukan kepada kita, maka adalah lebuh baik bagi kita menjawab WALLAHHUA'LAM DAN HANYA ALLAH SAJA YANG LEBIH MENGETAHUI AGAMA YANG DIPEGANG OLEH KELUARGA NABI MUHAMMMAD SAW.....

sekian terima kasih kerana sudi mendengar perkongsian saya dengan saudara/tuan2....
n selamat malam!!!!