Ahad, 18 April 2010

kelebihan al quran.


alhamdullah..hai sahabat.

Pada zaman sekarang ini, banyak keruntuhan aqidah manusia. keruntuhan akhlak bukan saja berlaku dalam kalangan remaja malah berlaku juga dalam kalangan dewasa. Sebagai contoh ;banyak sekali kita lihat dalam dada-dada akhbar tentang ayah sanggup menodai anak perempuannya sendiri. na'uzubillah... senario ini makin menjadi-jadi, lebih-lebih lagi di luar negara.
Ayah sanggup menjadikan anak perempuannya sebagai alat dagangan untuk mendapatkan duit bagi menyara kehidupan keluar. memang tidak masuk akal bila difikirkan dengan fikiran yang waras. hatta, haiwan pun menyayangi anak walaupun anaknya itu mempunyai kecatatan. Jadi dimana lagi tahta atau martabat kita sebagai manusia kalau nak di bandingkan dengan haiwan.
dah la haiwan tersebut tidak berakal,tetapi kasih sayangnya lebih daripada seorang yang berakal.

Saya juga seringkali mendengar luahan hati jiran saya kepada saya..katanya: "mat,macam mana nak buat anak makcik ni,minat dengan agama?"dia ni mengaji, tak pandai mana,lepas tu xsuka pulak dengan mengaji agama". saya pun menjawab :"saya ni pun tak pandai jugak nak bagi nasihat, jadi pendapat saya elok la makcik tanya ustaz.

senario ni bukan sekali saya alami, malah banyak kali. itu hanya luahan hati seorang makcik yang anaknya masih remaja dan masih mengenal ibu. cuba kita bayangkan luahan hati seorang makcik yang anaknya sendiri yang tidak mengakui makcik tersebut sebagai ibunya??bak kata pepatah "kacang lupakan kulit"nau'zubillah..mana letaknya kewarasan manusia sekarang ni..hatta ibu sendiri dia xkenal. ibu yang penat lelah melahirkan, menyusukan, dan membesarkan dia tanpa meminta sebarang bayaran malah ibu tersebut juga memberi didikan agama yang cukup, tetapi si anak membentuk juga sifat syaitan bila besarnya.

sememangn yang tidak dinafikan lagi, sifat/akhlak manusia ini bukan mengikut generasi atau boleh diwarisi. jangan menganggap akhlak seorang ulama' boleh boleh diwarisi kepada anaknya.
Allah swt meletakkan kesempunaan akhlak dengan hanya mengikuti nabi muhammad saw, yang mana ia merupakan hamba Allah yang paling Allah sayang. sekarang kita sendiri boleh bilang dengan jari, banyak mana sangat amalan kita ini mengikuti nabi muhammad saw.?tak perlu mengambil kira amalan sunat, malah amalan wajib pun serap kali kita tidak melakukannya sebgaimana nabi muhammad saw. sebagai contoh; kita lihat solat subuh, banyak mana pelajar universiti tidak sembahyang subuh??bukan sengaja saya nak burukkan pelajar universiti,tetapi memang realitinya pelajar universiti sebilangannya begitu. sepatutnya, pelajar universiti menjadi sebagai contoh terbaik buat masyarakat..tetapi sebaliknya yang berlaku.

sekarang,nabi muhammad saw sudah wafat. jadi siapa lagi insan yang kita boleh jadikan idola bagi membentuk akhlak yang sempurna??haa, sayangnya Allah kepada hambaNya..Dia tinggalkan tinggalkan sendiri KALAMNYA iaitu Al quran buat kita yang lemah ini membentuk akhlak sebelum kita menjumpaiNya. saya berasa pelik kenapa soalan begini diajukan kepada saya.."ada ka,al quran itu mengajar tentang akhlak?"tidak sepatutnya soalan begitu keluar daripada seorang yang memeluk agama islam. patutlah sekolah-sekolah pondok amat menekankan pengajian akhlak kepada pelajarnya. kerana memang mereka tahu, bahawa suatu hari manusia akan lupa tentangnya.

al quran banyak mengajar kita tentang akhlak. sebagai contoh ;al quran menyuruh kita berbuat perkara yang baik dan mencegah perkara yang mungkar. hal tersebut merupakan suatu elemen yang membentuk akhlak kita sebagai seorang hamba yang bersyukur. kita fikir sejenak, kalaulaha kita melakukan perkara yang sebaliknya daripada al quran suruh..apa yang berlaku kepada akhlak kita??al quran suruh buat perkara baik,kita buat perkara engkar..maka akhlak kita tidak ubah seperti syaitan dan iblis yang di laknat oleh Allah.

saya nak kongsi apa yang saya baca, hebatnya al quran ini Allah cipta..kenapa saya kata macam tu, bukan al quran ini diturunkan kepada umat islam sahaja, malah seluruh umat manusia untuk dijadikan pengajaran. tidak seperti kitab agama lain yang hanya diturunkan kepada kaumnya sahaja. saya terbaca luahan hati seorang mualaf tentang bagaimana hidayah islam itu masuk dalam naluri ketuhanannya.<intaian hati mualaf>. hati muallaf ini memang suka sangat dengan nasyid, AL QURAN, ceramah dan segala bentuk bahan yang berbentuk islamic tetapi perkara tersebut tidak diketahui oleh ibunya. dia hanya mendengar menerusi radio jiran sebelah rumahnya. jiran tersebut seorang islam yang minat dengan segala bentuk bahan islamic. dia mula berkawan dengan budak-budak melayu yang islam. walaupun ia seorang india tetapi budak-budak melayu suka bermain dengannya. ini kerana setiap aktiviti yang berbentuk islam, dia selalu turut serta. apa umurnya sudah meningkat dewasa, dia berhijrah untuk mencari pekerjaan di kuala lumpur dan dia mendapat kerja sebagai tukang cuci disalah sebuah pusat dobi. tetapi malangnya dia tinggal dengan seorang kawan serumahnya yang beragama kristian yang selalu mengajak ke gereja bila hujung-hujung minggu. dia merasakan hatinya bukan untuk agama kristian tetapi agama islam. dia memang beruntung kerana mendapat majikan yang juga seorang india muslim yang kuat dengan pegangan agamanya. dia mula menanyakan tentang keindahan islam kepada majikannya itu. selama 2 tahun dia memperoleh ilmu islam daripada majikannya. dia merasakan hatinya terlalu tenang dengan agama islam. selepas itu dia memeluk islam dan perkara tersebut telah diketahui oleh ibunya. hal tersebut, meruntun akal waras ibunya sehinggalah ibunya menjadi gila. tetapi perkara tersebut tidak mematahkan semangatnya untuk berpegang dengan islam.

kemudianya, dia memohon untuk menjadi tentera dan permohonannya diterima. dia berkhidmat sebagai tentera selama beberapa tahun dan dia akhirnya dia berkahwin dengan seorang wanita muslim. wanita itu banyak memberi dorongan dan semangat untuk dia menjalankan hidupnya sebagai seorang mualaf. selepas bersara, kecintaan al quran dalam dirinya membuatkan dia mula berminat membuka kelas kafa. selama 2 tahun dia membuka kelas tersebut dan mendapat galakkan daripada penduduk taman. suatu ketiak dia merasakan dia perlu membuka kelas lain bagi menampung kebanjiran pelajar di sebuah tapak rumah sewa.

berkat usaha dia sebagai seorang yang cinta akan islam dan Al quran, membuatkan dia berjaya mendapatkan sebidang tanah untuk di jadikan sekolah agama. diharapkan kisah ini menjadi pengajaran kepada masyarat untuk berjinak dengan al quran. al quran itu menarik bila kita membaca dan memahaminya. tetapi dianggap tidak berguna bila kita meninggalkannya. al quran itu lebih senang hilang dari tuannya jika nak di bandingkan dengan unta yang tidak diikat.

sekian sajalan artikal dari saya..

sekian,wssalam