Selasa, 27 Julai 2010

kelebihan ilmu tajwid

Alhamdulillah,bersyukur kita kepada Allah dengan segala nikmat yang telah Dia (Allah) jadikan buat kita ni sebagai hamba. dengan kita bersyukur maka Allah sendiri yang akan menambah nikmat yang lebih baik buat kita..,iaitu nikmat syurga yang mana bukan saja kita yang beragama islam malah orang-orang kafir pn menginginkan nikmat tersebut,insya Allah!!.di mana Allah telah meletakkan kemuliaan yang besar buat umat akhir zaman ini??tentu lah iaitu dengan Dia menurunkan kekasihNya yang paling Dia sayang iaitu baginda rasul kita Muhammad SAW itu sendiri buat memimpin umat ini.Allah telah menghiasi kekasihNya dengan sebuah kitab yang paling mulia jika nk di bandingkan dengan kitab-kitab Allah yang lain iaitu Al-Quran.

Mesti kita ingat dengan adanya Al Quran itu saja tidak menyebabkan kita telah melaksanakan perintahNya.Hal tersebut adalah kerana Allah menyuruh kita untuk beribadat kepadaNya. Jadi bagaimana nak beribadah kalu perintah Allah dalam Al Quran pun kita xtahu..jadi perlulah bagi kita mengkaji apa yang Allah letakkan pada Al quran??apa ilmu yang terangkum dengannya??apakah bahasa Al quran??kenapa ia diturunkan dalam bahasa itu???mestilah kita ingat bahawa Al quran ini juga terkandung banyak perintah Allah (hukum syara').bagaimana kita hendak ketahuai Al quran itu sendiri sedangkan ianya diturunkan dalam bahasa arab. jadi perlulah bagi kita belajar bahasa arab.
Mula-mula sekali,,apa yang kita nk belajar/apakah kaedah yang mula-mula sekali kita kena belajar??

Bila kita umur 6 tahun/5tahun,mesti ibu kita menghantar kita ke tadika..jadi,tuan-tuan kepada ibu kita buat macam tu???kenapalah ibu kita tidak menghantar kita ke universiti terus??kan senang!!boleh la kita graduate sekali dengan ibu kita..hanya ibu yang xberapa cerdik saja yang buat macam tu,,dah tahu anak tu perempuan, nak jugak ibu tu pakaikan pakaian laki-laki..kan bermasalah tu!!
jadi,dah tentulah nk kita belajar dari mula,walaupun kita ni dah pandai berbahasa melayu..cuba tuan-tuan bayangkan, agak-agak tuan-tuanlah..adakah anak-anak tuan tu diajarkan ilmu rumah tangga???atau ilmu ternak lembu??dah tentu tidak..anak-anak tuan diajarkan dengan "mengeja","menulis","menyanyi"(tran moden) dan banyak lagi.

Oleh itu,bahasa arab pun macam tu jugak..mula kena mengeja,kemudian menulis,kemudian melagukan,kemudian baru boleh paham Al quran tu..dah kita paham baru kita boleh melaksanakan perintah Allah.

Saya yakin tuan-tuan,masih ramai di antara kita tersilap kaedah dalam belajar bahasa arab. cuba tuan-tuan tengok dekat masjid-masjid,ramai yang menadah kitab arab.kononnya,nk mendalami ilmu Allah..tapi sebenarnya ianya buat dirinya sahaja. ingt tuan-tuan ilmu ni perlu disebarkan,kalau tidak janji Allah buat tuan pasti sampai xlama lagi. saya yakin orang yang menadah kitab besar-besar,bila dah khatam nanti xdapat mengajar..ini sebab apa tuan-tuan,,sebab kita mengaji tidak ikut kaedah..jadi mari kita bentuk kaedah untuk mengaji bahasa arab.

Pertama sekali kita ni bangsa apa??kita ni kebanyakkan bangsa "ajam" bukan bangsa arab. Jadi bukan senang nak sebut arab. jadi macam mana kita nak sebut arab??haa,disini baru dapat kita lihat bertapa pentingnya "ilmu tajwid" bagi kita ni yang bukan bangsa arab. jadi sampai disini sajalah penulisan saya,segala silap saya itu mmg atas silap dan kelemahan saya.dan dengan itu akhir kata "aku bersyukur atas nikmatMu,ya Allah!!"

Bagi sapa-sapa yang nk belajar tajwid yang ringkas.tuan-tuan klik lah disini

http://www.4shared.com/document/pekQxZ9W/hukum-tajwid.html


Golongan yang menghina al quran

Menurut Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qaiyyim (dalam karangan mereka) bahawa masyarakat di zaman Nabi telah memulaukan al-Quran dengan 5 cara yang utama iaitu:

1. Membiarkan al-Quran tanpa dibaca.
2. Memulaukan al-Quran tanpa digunakan untuk mencari jalan petunjuk.
3. Memulaukan al-Quran tanpa mengambil hukum hakamnya.
4. Memulaukan al-Quran tanpa mengambil kira isinya dan kepentingannya untuk kehidupan.
5. Memulaukan al-Quran dengan tidak menjadikannya sebagai sumber atau jalan penyelesaian kepada pelbagai masalah kehidupan manusia dari segi rohani mahupun jasmani.

Ramai manusia atau umat Islam hari ini tidak sedar akan hakikat ini. Mereka menganggapkan seolah-olah bahawa al-Quran itu hanyalah buku yang perlu disimpan dengan serapi-rapinya di dalam almari-almari tersembunyi tanpa perlu dibaca dan difahami isinya.

Inilah bentuk pemikiran umat Islam pada zaman ini yang cukup sempit. Sebab itulah setiap hari kita dipaparkan dengan pelbagai ragam masalah umat Islam di media-media massa. Ini adalah sebab dan akibatnya mereka memulaukan dan meminggirkan al-Quran.

Ketahuilah bahawa, sebagai umat Islam yang sebenar-benarnya, rujukan kita yang paling agong dan paling tinggi sebagai panduan dan petunjuk jalan kehidupan di dunia ini adalah al-Quranul Karim dan al-Hadis (as-Sunnah) dan seterusnya para ulama dan ilmuan. Tetapi hakikatnya pada hari ini, semua bentuk rujukan tersebut begitu diabaikan oleh para masyarakat secara umumnya.

DOA-DOA HARIAN
TAJWID AL QURAN
KISAH PARA SAHABAT.
DOWNLOAD MP3 AL QURAN

doa harian

HIMPUNAN DOA-DOA DARIPADA HADIS
KEUTAMAAN, PRIORITY, DAN KAEDAH BERDZIKIR / BERDOA

1- BACAAN KETIKA BANGUN DARI TIDUR


اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرِ

“Segala puji bagi Allah, yang membangunkan kami setelah ditidurkanNya dan
kepadaNya kami dibangitkan.”
(HR. Al-Bukhari dalam Fathul Baari 11/113, Muslim4/2083.)

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْد
وَهُوَ عَلَى آُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ. سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ
إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكبَرُوَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِ يِّ
الْعَظِيْمِ. رَبِّ اغْفِرْ لِيْ

‘Tiada Tuhan yang haq selain Allah, Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. BagiNya

kerajaan dan pujian. Dia-lah Yang Maha Kuasa atas segala sesuatu. Maha Suci Allah,

segala puji bagi Allah, tiada Tuhan yang haq selain Allah, Allah Maha Besar, tiada

daya dan kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung’. ‘Wahai, Tuhanku! Ampunilah dosaku’. (Barangsiapa mengucapkan demikian itu, maka dia diampuni. Apabila dia berdoa, akan dikabulkan. Lalu apabila dia berdiri dan berwudhu, kemudian melakukan shalat,maka shalatnya diterima (oleh Allah).HR. Imam Al-Bukhari dalam Fathul Baari 3/39, begitu juga imam hadits yang lain.Dan lafazh hadits tersebut menurut riwayat Ibnu Majah 2/335.)