Khamis, 25 Mac 2021

Senapang Sniper Barrett M82 (US)

Barrett M82

Senapang ini berfungsi separuh/separa automatik serta berbahan anti senjata(tak mudah rosak). 

Senapang ini direka khas serta dibangunkan oleh Syarikat Pembuatan Senjata Api Barrett. Pembangunan senjata ini dikatakan bermula pada awal 1980 dan mula direkabentuk kembali pada 1982 dengan memakai gelaran M82.

Perlu diingat bahawa M82 adalah gelaran/cod syarikat, dan bukannya gelaran dari tentera AS. Syarikat ini telah berjaya menjual 100 laras senapang M82 ini kepada Angkatan Bersenjata Sweden pada tahun 1989.

Pada tahun 1990-1991 US Marine Corps pula berjaya memperoleh sekitar 125 laras senapang ini. Kemudiannya diikuti pembeliannya oleh tentera darat dan udara US (air force). 

Sehingga hari ini senapang ini juga turut digunakan di hampir 60 negara di dunia.Di sejumlah negara pula, senapang ini digunakan sebagai senjata penembak yang ampuh/jitu bagi sasar yang berada jauh.

Jom kita tengok
Ciri-ciri ringkas lainnya pada senjata ini..

~negara asal senjata : Amerika Syarikat~
~mula dipasarkan : tahun 1989~
~ukuran peluru : 12.7x99 mm (.50 BMG)~
~berat tanpa peluru dan tanpa skop : 12.9kg~
~panjang senapang : 1448mm~
~panjang barrel saja : 737mm~
~kelajuan muzzle : 854 m/s~
~jangkauan penglihatan (skop) : 2000m~
~jarak keupayaan : 1800m~
~kadar jarak tembak tepat sasaran : 1000m~
~ketepatan : 1.5 - 2 MOA~

Variasi M82.
‌M82A1
‌M82A1M
‌M82A2
‌M82A3 (tentera laut US)

Ok sekarang mari kita lihat berapa kos untuk senapang ini..Sehingga 2017, kos seunit senapang adalah antara $ 9 100 hingga $ 12 000, bergantung pada konfigurasi..#mahal tu..haha..rasa berduit bleh la beli ya..

Ok,beralih kepada situasi sebenar..Pada tahun 2004 yang lepas penembak tepat Amerika, Brian Kremer melakukan pembunuhan di Iraq sejauh 2 300 meter menggunakan senapang M82A1 miliknya...tak di sangka variasi M82A1 ini mampu sejauh ini...Ish2 macam mana la mereka agak sasaran ya?Klau admin yang rabun ni..memang xsesuai nak main dengan senapang ni...hahaha.

Ok,kita tengok plak laporan kedua..Pada tahun 2004 juga penembak jitu Kor Marin AS Steve Reichert melakukan pembunuhan di Iraq dari jarak 1 614 meter menggunakan senapang M82A3 miliknya.

Ok sekian saja perbahasan admin tentang senapang sniper ni..ada salah admin minta maaf..n

Assalamualaikum...

Diambil dari blog :




 

Jumaat, 1 Mei 2020

HAL-HAL YANG MENYEBABKAN IBLIS MENANGIS


Imam Baki bin Muholid dalam kitab tafsirnya menjelaskan bahawa ada 4 perkara yang menyebabkan iblis menangisi dirinya. 4 perkara itu adalah :

‌Pada saat ia dilaknat.
‌Pada saat ia diusir.
‌Pada saat Rasulullah saw diutuskan.
‌Pada saat surah Al Fatihan diturunkan.

Ada riwayat yang memperkuatkan huraian di atas, iaitu yang diriwayatkan oleh Ibrahim bin Rosyid dari Said bin Mahron ia berkata :

Ketika Allah swt melaknat Iblis maka bentuknya langsung berubah dari malaikat menjadi bentuk yang lain. Kemudian ia keluar dan menangis dengan kerasnya sampai Hari Kiamat. Dan ketika dia melihat Nabi Muhammad saw berdiri solat di Mekah, maka dia bertambah keras menangisnya. Demikian juga ketika Nabi Muhammad saw berhasil kembali menguasai Kota Mekah, iblis itu menangisnya sehingga seluruh bawahannya berkumpul disekitarnya. Maka iblis itu pun berpidato kepada keluarganya yang berisi pesan :

Kamu sekalian pasti sulit menganggu umat Muhammad saw dari agamanya menjadi syirik. Tetapi fitnahlah mereka dengan menghembuskan nyanyian Yang menyebabkan mereka lupa daratan.

[Dinukilkan dari kitab :KEAJAIBAN JIN MENURUT AL QURAN DAN AL HADIS; karangan : Asy Syaikh Badruddin bin Abdullah Asy Syibi ; dialih bahasa oleh :Dr Yasin Mustafa' & M.Ali Chasan Umar ;diterbitkan oleh : Klang Book Centre ,cetakan pertama Di Malaysia pada 1991.halaman : m/s 324]

Ulek Mayang


Lagu berhantu

Ulek Mayang ialah tarian tradisional Melayu yg berasal dari negeri Terengganu, Malaysia. Sebuah lagu unik dinyanyikan dgn iringan orkestra Melayu yg terdiri dari gendang, gong, biola dan akordian.

Ada byk versi legenda Ulek Mayang, menurut salah satu darinya, tarian ini berasal dari upacara rawatan kuno yg dilakukan oleh seorg bomoh ke atas seorg nelayan yg berada dlm keadaan tidak sedar, dipercayai telah dipukau oleh seorg puteri laut yg jatuh cinta padanya. Percubaan bomoh utk membawa kembali roh nelayan itu menyebabkan puteri itu menyeru 5 lagi saudaranya utk melawan bomoh tersebut. Pertarungan di antara si bomoh dan ke-enam2 puteri berlanjutan sehingga kemunculan puteri yg ketujuh dan paling sulung.

"Ku tahu asal-usulmu” kata puteri sulung dan beliau memerintahkan semua org, "Yg laut balik ke laut, yg darat balik ke darat".

Bomoh yg terhutang budi dan rakan2 nelayan menyampaikan sembahan nasi berwarna kpd sang puteri, satu upacara yg kekal diamalkan untuk menunjukkan rasa terhutang budi kpd semangat2 laut. Sehingga kedatangan Islam upacara ini larut seperti larutan gula di dlm air.

Namun, ia menjadi tarian kebudayaan di Malaysia asalkan persembahan dan pakaian ditapis utk kesesuaian Malaysia sebagai negara Islam.

Bersumber : https://m.facebook.com/groups/381757612236890?view=permalink&id=873157256430254

Rabu, 25 Mac 2020

Udang


APA ITU UDANG?

-merupakan haiwan yang hidup di dalam air,sama ada air tawar maupun air masin. Haiwan membiak secara bertelur. Mempunyai 2biji mata,badannya berkulit, mempunyai banyak kaki serta berekor dan mempunyai antena/misai di bahagian kepalanya. Haiwan ini juga mempunyai pengepit yang memudahkan ia makan.
-haiwan ini tergolong dalam kumpulan dendrobranchiata

APA YANG HAIWAN INI MAKAN?

-haiwan ini memakan segala jenis organisma/haiwan kecil yang terdapat di dalam air.

CIRI YANG TERDAPAT PADA HAIWAN INI.

‌bermata 2
‌mempunyai misai (kebanyakan)
‌berkaki banyak
‌mempunyai ekor
‌bertanduk (kebanyakannya)
‌mempunyai saiz yang berbeza-beza mengikut jenis
‌berkulit keras/lembut
‌membiak secara bertelur

HIDUPNYA PADA 3 KEADAAN AIR.

1.MASIN
- kebanyakan haiwan ini hidup pada persekitaran ini..antaranya : udang kertas, udang harimau, udang karang/kara, udang lipan dan berbagai lgi..

2.SEDERHANA MASIN/PAYAU
-hanya sebilangan kecil sahaja ynag hidup pada keadaan ini..antara contohnya : udang galah, udang kertas, udang gergau..

3.TAWAR.
-udang yang mendiami air ini sangat sedikit..antara contohnya : udang kara air tawar...

APA KHASIAT YANG TERDAPAT PADA HAIWAN INI?

-mengandung lemak omega 3. Lemak omega 3 ini dapat mengurangkan keradangan dan risiko penyakit jantung.
-mempunyai protein yang baik untuk tubuh.
-rendah kalori dan tidak mengandungi karbohidrat.
-mempunyai sejumlah besar vitamin B-12 , B -6 dan niasin.
-mempunyai kolesterol yang tinggi.
-kaya dengan zat besi.

JENIS DAN CIRI YANG TERDAPAT PADA HAIWAN INI.

1.udang lipan.

Nama sintifiknya : Mantis shrimps

2.udang harimau.


3.udang galah.



4.udang karang/lobster



Air masin (laut)

5.udang Bari/geragau/kepal




5.Bersambunnng

Selasa, 29 Oktober 2019

Ibnu Batutta..siapa dia?


  • Nama sebenar : Abu Abdullah Muhammad bin Abdullah Al Lawati Tangi Ibnu Batutta.
  • Bangsa : Barbar iaitu suku kaum Lawata
  • Lahir : di Tangier, Maghribi (Morocco) pada 25 February 1304

  • Mazhab beliau : bermazhab Maliki.(kebanyakan penduduk Afrika bermazhab maliki)
"Tokwan ibnu Batutta sebelah bapa iaitu (Ibrahim) ni seorang pengembala kambing.."

"Tokwan ibnu Batutta sebelah emak..Namanya Yusuf..seorang pegawai kerajaan..."

"Bapa ibnu Batutta, namanya Abdullah bin Ibrahim...emak ibnu Batutta pula, namanya Fatimah...emak beliau ni orang yang tahu serba sedikit tentang ilmu agama..umur 10tahun dah khatam Al Quran,Bahasa Arab lancar,feqah Dan tauhid serta sirah, dihadamnya dengan baik..."

"Emak dan bapa ibnu Batutta ni khawin selama 2tahun lebih, baru lah Allah swt kurnia kat mereka anak lelaki...iaitu ibnu Batutta (Abu Abdullah Muhammad)..hidup mereka ni sangat sederhana..maklum la bapa beliau ni kerja mengajar Al Quran dan feqah di madrasah yang terdekat dengan lepa saja dengan ikhlas(tanpa upah)"

"Ketika usia ibnu Batutta 4-6 tahun,beliau telah Di asuh oleh bapanya menghafal ayat2 Al Quran...sirah,Bahasa Arab Dan feqah diajar oleh ibunya..Dan ilmu2 lain yang beliau tuntut di masjid sekitar kediamannya"

"Pada usia ibnu Batutta 10 tahun,emaknya lahirkan adik buatnya..Yang bernama Ibrahim..."

"Pada usia 15 tahun,dihantar bapanya untuk belajar ke Marrakesh...".(gambar di bawah ni adalah Marrakesh yang skrg)..ketika ni,Marrakesh merupakan pusat ilmu..hatta bapa ibnu Batutta on belajar di sini..



"(Usia ibnu Batutta 20 tahun)5tahun sudah berlalu,ibnu Batutta pun tamat pengajian di Marrakesh..kemudian berehat di rumah beberapa bulan sambil tolong bapanya mengajar Di masjid...."

"Permulaan usia 21tahun,ibnu Batutta tunaikan Haji ke mekah,sambil itu..beliau juga turut menadah ilmu di sana..."

"Sampai di Tunis,beliau belayar dari situ ke iskandariah..."



"Selesai menunaikan Haji di Mekah, beliau memulakan langkahnya mengembara ke Ilkhanat (gabungan 4wilayah besar iaitu Iran,Iraq,palestin Dan Afghanistan)....

ILKHANAT

→beliau mengembara ke baghdad.(Sekarang wilayah Iraq)
                 
→ meneruskan kembara ke Mosul wakil kepada kerajaan Ilkhanat (Masih lagi dalam wilayah Iraq)

→kemudian beliau berhijrah pulak ke Mardin (kawasan Turkish dah sekarang ni)

"Habis di Mardin,beliau kembali ke Mosul dan terus gerak menunaikan Haji yg keduanya...beliau tinggal di Mekah lama sebab beliau sakit.. "

"Ketika berada Di mekah (1328-1330)..beliau sembuh dari sakitnya..beliau p ke jeddah untuk belayar ke yaman..

"Di Yaman,beliau ke zabid; kemudiannya ke Ta'izz ;kemudiannya ke pelabuhan Aden...Di pelabuhan,beliau tumpang orang ke Zeila,Somalia.." Mai kita tgok tang mna Yaman dan Somalia..

Negara sebelah-sebelah sja.

SOMALIA
"ibnu Batutta brada di Zeila; kemudiannya ke tanjung Guardaful (3mggu dok sna); kemudia beliau ke Mogadishu (1miggu jgak dok sni)..

Ibnu Batutta ialah seorang pengembara Islam yang berasal dari Moroko/Maghribi. Beliau bercita-cita menjadi pengembara sejak kecil lagi dan menjadikan Al Idrisi sebagai idolanya. Keazaman beliau untuk menunaikan haji ke Makkah secara tidak langsung merupakan langkah pertama dalam memulakan pengembaraan beliau sebagai pengembara.

Setelah melalui selama 24tahun, hasilnya beliau telah mengembara sejauh 117,000 kilometer berbanding Vasco da Gama iaitu hanya sejauh 24,000 kilometer dalam tempoh yang samau. Paling menakjubkan dan mengagumkan, pengembaraan beliau mendapat perhatian pihak istana,iaitu Sultan Muhammad Tughluq di Delhi..

"Pada tahun 1334 (usia beliau 30tahun)..Dan menetap di Delhi saja pun 8 tahun...."

beliau di arahkan sultan untuk menjadi qadi atau Hakim Dan kemudian menghantar beliau menjadi duta ke China.

"Pada tahun 1345  (usia beliau 41tahun),beliau telah sampai di Pasai, Sumatera...sebelum beliau meneruskan perjalanannya ke Beijing "

"Pada tahun 1368/1369 (usia beliau 65tahun),beliau telah kembali ke rahmatullah.."

Kisah pengembaraan Ibnu Batutta telah di bukukan oleh Ibnu Juzayy yang diberi tajuk "rihlah" . Buku ini telah mendpat perhatian Dan sanjungan daripada cerdik pandai barat.

 Disini Mari kita tengok sedikit sedutan ringkas melalui video Di bawah...


Selasa, 15 Oktober 2019

Ke mana hilangnya khandak?

Khandak ( parit ) yang pernah digunakan Rasulullah saw sebagai strategi peperangan untuk menentang musuh dalam peperangan khandak.

Pada tahun 1993, ianya masih berupa longgokan tanah yang digali seperti lubang salutan air yang panjang. Kini, khandak tinggal nama, lokasinya diratakan oleh orang wahabi dengan tujuan untuk menghilangkan bekas peninggalan sejarah.

Sumber :kitab, Darah Wahabi.

Bagaimana mazhab Wahabi kuat dalam negara Arab Saudi?


MOU penguasa Saud dengan Muhammad bin Abdul wahab

Penguasa Muhammad bin Saud dan Abdul Wahab saling berbaiah dan memberi sokongan dalam mendirikan negara teokratik. Mazhab Muhammad bin Abdul Wahab dinyatakan sebagai mazhab rasmi dan parti politik ibnu Saud dengan nama Wahabi.

Dalam pada itu, Muhammad bin Abdul Wahab di angkat sebagai Qadi (hakim negara). Hubungan kedua-duanya semakin erat setelah Ibnu Saud menikahi salah seorang puteri Muhammad bin Abdul Wahab (pengasas Wahabi).

Penaklukan Dan pembunuhan terus dilakukan terutamanya terhadap kabilah Ahli Sunnah yang menolak fahaman Wahabi.

Dalam peperangan Wahabi dengan kerajaan Uthmaniyah di ceritakan oleh Muhammad Finati, seorang muallaf dari Itali yg menyertai pasukan Uthmaniyah katanya :

"Sebahagian dari kami yang jatuh hidup-hidup ke tangan musuh (Wahabi) yang kejam dan fanatik, dipotong kaki dan tangan dan dibiarkan begitu saja. Sebahagian mereka, kusaksikan sendiri teraniyah dan mohon belas kasihan untuk segerakan pengakhiran hidup mereka"

Kitab : Darah Wahabi,karangan Ahmad Faidzurrahim,terbitan : Darul Taklim,cetakan pertama ,m/s : 171