Jumaat, 1 Mei 2020
Ulek Mayang
Lagu berhantu
Ulek Mayang ialah tarian tradisional Melayu yg berasal dari negeri Terengganu, Malaysia. Sebuah lagu unik dinyanyikan dgn iringan orkestra Melayu yg terdiri dari gendang, gong, biola dan akordian.
Ada byk versi legenda Ulek Mayang, menurut salah satu darinya, tarian ini berasal dari upacara rawatan kuno yg dilakukan oleh seorg bomoh ke atas seorg nelayan yg berada dlm keadaan tidak sedar, dipercayai telah dipukau oleh seorg puteri laut yg jatuh cinta padanya. Percubaan bomoh utk membawa kembali roh nelayan itu menyebabkan puteri itu menyeru 5 lagi saudaranya utk melawan bomoh tersebut. Pertarungan di antara si bomoh dan ke-enam2 puteri berlanjutan sehingga kemunculan puteri yg ketujuh dan paling sulung.
"Ku tahu asal-usulmu” kata puteri sulung dan beliau memerintahkan semua org, "Yg laut balik ke laut, yg darat balik ke darat".
Bomoh yg terhutang budi dan rakan2 nelayan menyampaikan sembahan nasi berwarna kpd sang puteri, satu upacara yg kekal diamalkan untuk menunjukkan rasa terhutang budi kpd semangat2 laut. Sehingga kedatangan Islam upacara ini larut seperti larutan gula di dlm air.
Namun, ia menjadi tarian kebudayaan di Malaysia asalkan persembahan dan pakaian ditapis utk kesesuaian Malaysia sebagai negara Islam.
Bersumber : https://m.facebook.com/groups/381757612236890?view=permalink&id=873157256430254
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan