Selasa, 2 Julai 2013

Nama-nama bagi bulan Ramadhan(1).



1- 1. Bulan sabar.
Ini berdasarkan hadith ;
صوم شهر الصبر وثلاثة أيام من كل شهر تعدل صوم الدهر
Sabda Rasulullah saw : “ Berpuasa pada bulan sabar dan tiga hari dari setiap bulan adalah menyamai puasa setahun”

2- 2. Bulan al Muawasah ( kasihan belas ).
Ini berdasarkan hadith ;
وهو شهر المواساة
“ Ia adalah bulan berbelas kasihan “.

3- 3. Penghulu segala bulan.
Ini berdasarkan hadith ;
سيد الشهور شهر رمضان
“ Penghulu segala bulan adalah bulan Ramadhan”

4- 4. Bulan puasa.
Kata Abu zaid allughawi;
أقمت بالبصرة صومين أي رمضانين
“ Aku tinggal di Basrah selama dua kali bulan puasa (Ramadhan ).

5- 5. Bulan Siyahah .
Berdasarkan tafsir para sahabat antaranya Abu Hurairah, Ibn Mas’ud dan Ibn Abbas RA bagi ayat 112 : surah at-taubah

التَّائِبُونَ الْعَابِدُونَ الْحَامِدُونَ السَّائِحُونَ الرَّاكِعُونَ السَّاجِدُونَ الآمِرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَالنَّاهُونَ عَنِ الْمُنكَرِ وَالْحَافِظُونَ لِحُدُودِ اللَّهِ وَبَشِّرِ 
الْمُؤْمِنِينَ
(Mereka itu ialah): orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara, yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian).
mereka menyebut;

السائحون أي الصائمون
Assa’ihun adalah orang yang berpuasa.


----------------------------------------------------------------------------------------------------
1) http://www.ustazshauqi.com/2011/07/makna-puasa-ramadhan.html

Rabu, 19 Jun 2013

Kitab Bahrul Mazi

Segala puji bagi Allah yang maha kaya,selawat dan salam kepada junjungan Nabi kita Muhammad saw. Apa itu kitab Bahrul Mazi?Ianya ialah :


Karya syarah hadis Syeikh Idris al-Marbawi yang terkenal, judul lengkapnya berasal dari kitab asal Bahrul Mazi li Syarh Mutkhtasar Sahihit Tarmizi. Kitab ini kemudiannya telah di terjemahkan oleh beliau.

Terjemahan Sahih Tarmizi secara lengkap ini adalah merupakan yang pertama sekali dilaksanakan dalam bahasa Melayu.

Bahrul Mazi adalah karya besar yang terdiri daripada 22 jilid yang sudah diterbitkan. Maklumat ringkas tentang keseluruhan jilidnya, adalah seperti berikut:

- Jilid I : Tanpa menyebut tarikh. Tebal 227 halaman. Menerangkan bicara bersuci dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 126 hadis dan 591 masalah.

- Jilid II: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 232 halaman. Menerangkan bicara sembahyang dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 138 hadis dan 454 masalah.

- Jilid III: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 240 halaman. Menerangkan bicara sembahyang dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 161 hadis dan 558 masalah.

- Jilid IV: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 232 halaman. Menerangkan bicara sembahyang; zakat dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 115 hadis dan 519 masalah.

- Jilid V: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 208 halaman. Menerangkan bicara puasa dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 110 hadis dan 473 masalah.

- Jilid VI: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 224 halaman. Menerangkan bicara haji dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 108 hadis dan 458 masalah.

- Jilid VII: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 224 halaman. Menerangkan bicara umrah dan jenayah. Terdiri daripada 114 hadis dan 483 masalah.

- Jilid VIII: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 224 halaman. Menerangkan baki bab-bab jenayah dan membicarakan Kitabun Nikah. Terdiri daripada 99 hadis dan 330 masalah.

- Jilid IX: Tarikh selesai menulis malam Rabu, 29 Syawal 1357 H di rumah berdekatan Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Tebal 224 halaman. Menerangkan bab-bab talak, li’an dan jual beli. Terdiri daripada 117 hadis dan 226 masalah.

Bab-bab jualan
- Jilid X: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 228 halaman. Menerangkan baki bab-bab jualan, bab-bab kadi, diat dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 180 hadis dan 259 masalah.

- Jilid XI: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 224 halaman. Menerangkan korban, nazar-nazar, sumpah-sumpah, perjalanan Nabi dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 151 hadis dan 486 masalah.

- Jilid XII: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 232 halaman. Menerangkan perang sabil, pakaian, makanan dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 170 hadis dan 353 masalah.

- Jilid XIII: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 224 halaman. Menerangkan minum-minuman, kebaktian, perhubungan rahim dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 152 hadis dan 472 masalah.

- Jilid XVI: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 224 halaman. Melengkapi atas baki bab-bab perhubungan rahim, perubatan, faraid, wala’, hibah, qadar dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 138 hadis dan 395 masalah.

- Jilid XV: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 248 halaman. Melengkapi bab-bab huru-hara, ta’bir mimpi dan saksi-saksi. Terdiri dari 105 hadis dan 301 masalah.

- Jilid XVI: Tarikh akhir Bab ar-Ru‘ya dan mengiringi bab-bab syahadah. Selesai malam Rabu, 21 Ramadan 1359 H/1940 M. Melengkapi atas bab-bab mimpi, saksi-saksi dan zuhud. Terdiri daripada 128 hadis dan 237 masalah.

- Jilid XVII: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 232 halaman. Melengkapi atas bab-bab sifat kiamat; pelembut hati, wara’ dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 100 hadis dan 210 masalah.

- Jilid XVIII: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 228 halaman. Melengkapi atas bab-bab sifat syurga, neraka, iman dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 109 hadis dan 210 masalah.

Minta izin
- Jilid XIX: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 228 halaman. Melengkapi atas bab-bab ilmu, minta izin dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 148 hadis dan 266 masalah.

- Jilid XX: Tarikh dicatat oleh pengarangnya, katanya: “Telah selesai hamba daripada menulis dan mengarangkan juzuk yang kedua puluh ini dengan kurnia Allah SWT kemudian daripada tergendala mengarangnya 16 tahun. Iaitu mula perang Inggeris dengan Jerman dan Jepun dan Itali pada tahun 1949, dan sudah juzuk ini pada malam Rabu 25 Ramadan dan 1373 bersamaan 18 Mei 1955." Melengkapi atas baki bab-bab adab, misal-misal, bab-bab pahala Quran dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 127 hadis dan 311 masalah.

- Jilid XXI: Mulai penulisan pada hari Khamis, 26 Syaaban 1374 H/19 Mei 1955 M, dan diselesaikan pada 25 Rabiulakhir 1376 H/10 Disember 1955 M. Tebal 255 halaman. Melengkapi atas segala bab tafsir. Terdiri daripada 92 hadis dan 335 masalah.

- Jilid XXII: Dimulai 25 Rabiulakhir 1376 H/10 Disember 1955 M, dan selesai pada malam 2 Jamadilakhir 1377 H/24 Disember 1957 M. Tebal 242 halaman. Melengkapi atas tafsir setengah-setengah ayat di dalam surah al-Maidah dan lain-lainnya. Terdiri daripada 95 hadis dan 351 masalah.

Penerbitan keseluruhan diusahakan oleh Syarkah wa Maktabah wa Mathba’ah Mustafa al-Baby al-Halaby wa Auladuhu, Mesir, mulai tahun 1352 H/1933 M.

Pada kata aluan jilid pertama, pengarangnya menerangkan bahawa beliau telah belajar ilmu hadis daripada Sheikh Muhammad Ibrahim as-Samaluti, iaitu guru hadis yang mengajar berpuluh-puluh tahun di Jami’ Saiyidina Husein di Kaherah, Mesir. Bahawa ketika pulang ke rumah, beliau terus mencatat pelajarannya sehingga tersusunlah kitab besar Bahrul Mazi tersebut.

karya di atas ini adalah bersumberkan dari :

Ahad, 16 Jun 2013

ANAK TAK SAH TARAF DALAM ISLAM (1)


Anak tak sah taraf dalam istilah bahasa Arab disebut walad al-zina yang bermaksud anak zina atau anak luar nikah. Para Fuqaha’ bersepakat bahawa anak zina ialah merujuk kepada anak yang dilahirkan hasilperzinaan dan bukan daripada perkahwinan yang sah atau persetubuhan syubhah (persetubuhan oleh  lelaki dan perempuan yang menyangka mereka adalah suami isteri yang sah). Oleh itu kesahtarafan seseorang anak adalah merujuk kepada perkahwinan yang sah daripada kedua ibu bapanya. RasulullahS.A.W bersabda : Maksudnya : (Kesahtarafan) seorang kanak-kanak berpunca daripada tempat tidur (kedua ibu bapanya yang sah) dan seorang penzina adalah layak ditahan. (Riwayat Al-Bukhari)

Berdasarkan peruntukan Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984 (Akta 303)  seksyen 2 mentafsirkan anak tak sah taraf adalah satu istilah yang digunakan bagi anak yang tidak mempunyai nasab atau hubungan darah yang sah sepertimana berikut :”tak sahtaraf’, berhubungan dengan seseorang anak, ertinya dilahirkan di luar nikah dan bukan anak dari persetubuhan syubhah; Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan (MKI) kali ke-64 pada 27 Julai 2004 menyatakan bahawa Anak tak sah taraf ialah:

i. Anak yang dilahirkan di luar nikah sama ada akibat zina atau rogol dan  dia bukan daripada persetubuhan syubhah atau bukan daripada anak  perhambaan;

ii. Anak dilahirkan kurang dari 6 bulan 2 lahzah (saat) mengikut Takwim  Qamariah daripada tarikh tamkin (setubuh);

iii. Anak yang dilahirkan lebih daripada 6 bulan 2 lahzah (saat) mengikut  takwim Qamariah daripada waktu tamkin (setubuh) selepas akad yang sah dan ada bukti dari segi syarak bahawa anak tersebut ialah anak tanpa nikah melalui iqrar (pengakuan) mereka yang berkenaan (suami dan isteri atau salah seorang daripadanya), atau 4 orang saksi yang memenuhi syarat-syarat mengikut Hukum Syarak
----------------------------------------------
(1) http://sendiri.net/kedudukan-anak-luar-nikah-status/

Mengahwini Perempuan yang Hamil Luar Nikah (1)


Sering dipersoalkan sah atau tidak berkahwin dengan perempuan yang hamil luar nikah, khususnya hukum mengahwini seorang wanita yang mengandung anak luar nikah, dan jawapan yang diberikan berbeza-beza. Tapi, sebagai rakyat Malaysia, kita harus ikut apa kata Majlis Fatwa Kebangsaan tentang persoalan mengandung anak luar nikah ini.

Secara ringkas, sesuai dengan pandangan mazhab Syafie, Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan bahawa perempuan yang hamil luar nikah harus dikahwinkan tetapi anaknya tidak boleh dinasabkan kepada lelaki itu, tidak dapat pesaka daripadanya, tidak menjadi mahram kepadanya dan lelaki itu tidak boleh menjadi walinya.
Fatwa ini menggabungkan dua keadaan yang berbeza dari segi pasangan (lelaki) yang dikahwini:
  • Hukum perkahwinan wanita yang mengandung anak zina dengan lelaki yang berzina dengannya
  • Hukum perkahwinan wanita yang mengandung anak zina dengan lelaki selain dari yang menyebabkan wanita itu hamil
Fatwa yang dikeluarkan itu menyentuh tentang hukum yang sama bagi kedua-dua keadaan, tapi tidak menyentuh tentang perbezaan yang wujud dalam dua keadaan ini.

Oleh itu, elok kita lihat pandangan ulama tentang perbezaan dalam dua keadaan ini.
Secara amnya, ulama berpendapat bahawa pasangan zina boleh berkahwin dengan wanita itu dan seterusnya melakukan hubungan senggama dengannya setelah berkahwin.

Perkahwinanan antara pasangan yang terlibat adalah baik, sebab anak yang bakal lahir akan menjadi anak tiri kepada lelaki berkenaan (ayah sebenarnya), dan mereka masih boleh hidup bersama dalam satu keluarga, walau pun tak berhak antara satu sama lain, seperti yang dinyatakan dalam fatwa di atas.
Bagi lelaki yang bukan pasangan zina perempuan itu, masih boleh berkahwin dengannya, tapi tak boleh senggama dengannya sehingga bayi telah lahir.

Ini berdasarkan beberapa hadith, contohnya yang bermaksud seperti berikut: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah sekali-kali dia menyiram airnya pada tanaman orang lain". (Iaitu menyetubuhi wanita yang mengandung bukan dari benihnya). (riwayat Abu Daud dan juga oleh al-Tirmizi yang menghukumkannya berdarjat hasan).

Syarat ini (tak boleh senggama) boleh menjadi agak berat bagi pasangan yang mempunyai nafsu yang normal. Mampukah mereka mengatasi cababaran yang bakal dihadapi: sering bersama, tidur pun bersama, tapi tak boleh senggama.

Oleh itu, pasangan yang bukan pasangan zina kepada wanita yang hamil luar nikah harus berfikir baik-baik sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin sebelum bayi lahir. Mungkin lebih baik menunggu sampai bayi dah lahir, baru kahwin. Dan pastikan pezina itu telah betul-betul bertaubat sebelum menjadikan dia isteri yang sah, sebab hukum perkahwinan orang beriman dengan pezina ialah haram. Kalau dia dah bertaubat, dia bukan lagi pezina dan boleh dikahwini

--------------------------------------------

Selasa, 14 Mei 2013

Petua Menghilangkan Jerawat



Petua 1

Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air . Setelah campuran itu sebati, sapu ratakan ke seluruh muka anda . Biarkan kira-kira 20 minit . Kemudian ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus .

Petua 2  

Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak . Sebelum tidur , sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih , itu hanya sementara . Esoknya , ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka anda dengan air itu . Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda . Kuatkan gosokan anda pada tempat -tempat yang berparut. Bairkan beberapa minit , kemudian basuh dengan air biasa. InsyaAllah , muka anda akan menjadi licin dan bersih.

Petua 3 

Campur bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat. InsyaAllah, jerawat akan beransur hilang.

Isnin, 13 Mei 2013

Koleksi ceramah Sheikh Nuruddin Al Banjari


TG Sheikh Nuruddin Al-Banjari - Pesawat Kubur {26.03.12]
Load and Reload mp3 : http://www.mediafire.com/?r3y670sscekyzgy

TG Sheikh Nuruddin Al-Banjari - Maal Hijrah 1434
Load and Reload mp3 : http://www.mediafire.com/?vg1a10xx8qbgnx4

TG Sheikh Nuruddin Al-Banjari - Ahli Kebajikan
Load and Reload mp3 : http://www.mediafire.com/?abq1xd3tb5f33fs

TG Sheikh Nuruddin Al-Banjari - Selawat
Load and Reload mp3 : http://www.mediafire.com/?v3ftesjxci8p1eb


TG Sheikh Nuruddin Al-Banjari -Ilmu Dan Sunnah
Load and Reload mp3 : http://www.4shared.com/mp3/fkwCTrqq/syeikh

TG Sheikh Nuruddin Al-Banjari -
Load and Reload mp3 : http://www.4shared.com/mp3/aJmzkpvN/syeikh


Tip Memancing Di Kawasan Berbatu


Antara tipnya ialah:
a) Penggunaan teknik pancing apollo, di mana ladung di bahagian bawah sekali. Jika kita tidak ingin kehilangan ikan, tangsi yang diikat pada ladung harus lebih kecil daripada perambut untuk mata kail. Oleh kerana ladung mencecah dasar, risiko untuk sangkut adalah tinggi. Jika tersangkut, pemancing masih dapat mata kail mahupun ikan kerana tali yang lebih halus akan putus terlebih dahulu apabila tersangkut.
Inilah antara kaedah perambut apollo

b) Teknik tanpa pemberat. Teknik ini lebih sesuai jika kawasan berkenaan lemah arusnya atau arus menolak ke arah laut. Umpan seperti isi ikan dipasang terus hingga menutupi seluruh mata kail dan di lontar ke sasaran. Umpan ini akan mengambil masa untuk sampai ke dasar. Ketika ia menjunam, umpan mudah menjadi sasaran ikan dan pemancing perlu mengarau tali jika terdapat tanda ia disambar. Sambaran dengan teknik pancing begini biasanya berlaku pertengahan air dan kawasan di mana kadar sangkut mata kail adalah minimum.

c) Teknik menggunakan pelampung. Untuk teknik memancing dasar menggunakan pelampung, pemancing harus bijak menentukan kedalaman air setempat. Untuk teknik ini, jika umpan dapat dilabuhkan kira-kira 1 hingga 3 kaki dari dasar maka potensi ia disambar adalah tinggi. Jika terlalu rendah atau jauh ke dasar kemungkinan sangkut adalah tinggi. Tetapi, untuk menentukan kedalaman air, tidak seharunnya bagi kita turun ke dalamnya. Disarankan kita hanya mengagak kedalamannya sahaja.

Struktur perambut menggunakan pelampung
Sekian sajalah, tip dari saya.

Ahad, 17 Mac 2013

Pembahagian lmu Tarannum


زينوا القرأن بأصواتكم
-ابو داوود

“Hendaklah kamu menghiasi bacaan (mencantikkan) bacaan al-Quran dengan suara-suara kamu (dengan mempelbagaikan suara kamu)”.

Tarannum adalah perhiasan kepada bacaan al-Quran. Tarannum sangat berkait rapat dengan suara kerana dari suara yang elok dan tersusun lahirnya tarannum.

Tarannum secara umumnya terbahagi kepada dua kategori:

a) Tarannum bit Tahqiq – Tarannum yang dibaca dengan kadar tahqiq menurut kaedah ilmu tajwid. Biasanya kategori ini diamalkan oleh Qari-qari mesir muktabar seperti Syeikh Abdul Basit Abdul Samad dan lain-lain. Kategori ini digunapakai di dalam Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa.



Contoh bacaan syeikh Abdul Basit Abdul Samad

b) Tarannum bit Tadwir – Tarannum yang dibaca dengan kadar Tadwir menurut kaedah ilmu tajwid. Biasanya kategori ini diamalkan oleh oleh Imam-imam Makkah Al-Mukarramah dan Madinah Al-Munawwarah seperti Fadhilatud Duktur Abdur Rahman bin Abdul Aziz Al-sudais dan lain-lain.



Contoh bacaan Abdul Rahman bin Abdul Aziz Al-Sudais

Ahad, 27 Januari 2013

Download Kitab Fiqh Manhaji

Assalamualaikum...Segala puji bagi Allah swt dan berbanyak selawat kepada junjungan nabi kita Muhammad saw...seringkali penuntut-penuntut menghadapi masalah untuk mencari kitab rujukan. Hal yang demikian adalah kerana kitab di perpustakaan tidak mencukupi bagi keseluruhan penuntut.

Oleh hal yang demikian, maka disini saya kemukaan url untuk memudahkan penuntut-penuntut sekalian mendownload secara mudah di sini.

Nama kitab                                                                                

1.Kitab Fiqh Manhaji    
 ( karangan : Dr Mustafa
 Al-Khin ,Dr Mustafa Al-Buqha)


Url                            

  

Yang baik itu dari Allah dan yang kurang baik itu dari saya. wallahu'a'lam..

Khamis, 24 Januari 2013

Petua orang-orang lama.


1)      Menghindari penyakit darah tinggi.
Ø  Untuk menghindari penyakit darah tinggi, maka disarankan agar kita mengamalkan memakan buah limau kasturi yang masih muda. Ianya boleh diamalkan 2x sehari. insyAllah! Sekiranya diamalkan, penyakit ini dapat dikawal.

2)      Menghilangkan penyakit gatal akibat dari getah keladi.
Ø  Bagi menghilangkan gatal pada tapak tangan akibat dari getah pokok keladi, maka disarankan untuk mengambil sedikit asam jawa dan di lumurkan ke tapak tangan yang gatal tadi. Maka, insyAllah gatal tadi akan sembuh.

3)      Mengatasi masalah kencing tidak lawas.
Ø  Masalah kencing tidak lawas seringkali menjadi masalah yang besar bagi kita. Amalan yang pertama yang diasarankan oleh saya kepada saudara/ri adalah berdehem ketika kita sudah selesai menunaikan hajat kecil, sekurang-kurang 3x, kemudian barulah kita membersihkan kemaluan kita dengan air yang suci.
Ø  Sekiranya amalan pertama tidak memberi kesan maka disarankan agar kita meminum 1 gelas kecil air cucian beras. Amalkan sehari sekali. insyAllah masalah kencing tidak lawas saudara/ri akan sembuh.

4)      Mengatasi masalah cirit birit.
Ø  Bagi yang mengalami masalah cirit birit, saudara/ri disarankan untuk meminum air kelapa. insyAllah cirit birit yang saudara/ri alami akan sembuh.