1)
Menghindari penyakit darah tinggi.
Ø
Untuk menghindari penyakit darah tinggi, maka
disarankan agar kita mengamalkan memakan buah limau kasturi yang masih muda. Ianya
boleh diamalkan 2x sehari. insyAllah! Sekiranya diamalkan, penyakit ini dapat
dikawal.
2)
Menghilangkan penyakit gatal akibat dari getah
keladi.
Ø
Bagi menghilangkan gatal pada tapak tangan
akibat dari getah pokok keladi, maka disarankan untuk mengambil sedikit asam
jawa dan di lumurkan ke tapak tangan yang gatal tadi. Maka, insyAllah gatal
tadi akan sembuh.
3)
Mengatasi masalah kencing tidak lawas.
Ø
Masalah kencing tidak lawas seringkali menjadi masalah
yang besar bagi kita. Amalan yang pertama yang diasarankan oleh saya kepada
saudara/ri adalah berdehem ketika kita sudah selesai menunaikan hajat kecil,
sekurang-kurang 3x, kemudian barulah kita membersihkan kemaluan kita dengan air
yang suci.
Ø
Sekiranya amalan pertama tidak memberi kesan
maka disarankan agar kita meminum 1 gelas kecil air cucian beras. Amalkan sehari
sekali. insyAllah masalah kencing tidak lawas saudara/ri akan sembuh.
4)
Mengatasi masalah cirit birit.
Ø
Bagi yang mengalami masalah cirit birit,
saudara/ri disarankan untuk meminum air kelapa. insyAllah cirit birit yang
saudara/ri alami akan sembuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan