Khamis, 29 Mei 2014

Download Kitab Khat Thulus


Assalamualaikum..segala puji itu hanyalah kepada Allah serta selawat dan salam kepada nabi Muhammad saw saya selawatkan..alhamdulillah,di sini saya ingin berkongsi buku khat thulus yang saya peroleh dengan rakan-rakan sekalian. Rakan-rakan sekalian yang minat untuk belajar khat thulus boleh la rakan-rakan sekalian download karya ini di sini.

sila klik : DOWNLOAD 

Insyalah,yang baik itu dari Allah swt..dan yang lemah dan kurang itu dari kelemahan dan kesilapan saya.


wa'llah hua'lam.

Rabu, 21 Mei 2014

5 Petua Bagi Hati Jadi Senang


Di sunting dari blog :https://peribadirasulullah.wordpress.com/2014/05/11/5-petua-senang-hati/

Selasa, 20 Mei 2014

Apakah Hak Yang Wajib Ditunaikan oleh Anak kepada Ibubapanya?

Ibubapa merupakan tunjang penting anak. Dan tidak seharusnya bagi si anak melupakan 'tunjang'nya. Maka di sini mari kita lihat apakah yang menjadi perkara wajib si anak tunaikan kepada ibu bapanya.

Antara kewajipan anak terhadap ibubapanya adalah :

  • Taat kepada kedua ibubapa dalam perkara yang tidak maksiat serta berbuat baik kepada mereka.

Firman Allah Ta'ala :
Dan Tuhanmu ( wahai muhammad ) telah perintahkan supaya kamu semua tidak menyembah selain Dia (Allah)  semata-matadan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibubapa.
(surah : Al-Isra': 23)

  •   Memberi nafkah kepada kedua ibubapa sekiranya mereka fakir miskin dan anak pula adalah orang yang senang.
Sabda Nabi saw, mafsumnya :
" Kamu dan harta kamu adalah hak bapamu. Sesungguhnya anak-anak kamu adalah antara sebaik-baik usaha kamu. Maka, makanlah daripada hasil usaha anak-anak kamu"
(HR Abu Daud) 
(nukilan dari kitab : Kitab fikah Mazhab Syafie -jilid 4) 

Isnin, 19 Mei 2014

Rukun Nikah


Nikah mempunyai lima rukun,iaitu :

  1. Sighah (lafaz ijab qabul)
  2. Isteri
  3. Suami
  4. Wali
  5. Dua orang saksi.
................................................................................................................................................

1. SIGHAH.

Sighah (صيغة) ialah lafaz ijab qabul. Lafaz ijab adalah daripada wali seperti dia (wali) berkata : "Aku nikahkan engkau," atau " Aku nikahkan engkau dengan anak perempuan aku".
Lafaz qabul adalah daripada pengantin lelaki seperti dia (bakal suami) berkata :"Aku terima nikahnya", atau "Aku terima nikah anak perempuan engkau". Sah jika didahulukan lafaz wali kerana lafaz itu jika didahulukan atau dikemudiankan, ia memberi maksud yang sama.


SYARAT SIGHAH.
  1. Hendaklah menggunakan lafaz nikah atau kahwin.
  2. Lafaz ijab dan qabul hendaklah disebut secara jelas dan terang.
  3. Ijab dan qabul bersambung.
  4. Wali dan pengantin lelaki waras sehingga selesai akad.
  5. Sighah menunjukkan akad berlalu ketika itu juga.
  6. Sighah mestilah mutlak.( tak ada tempoh perkahwinan sebagai syarat nikah).
................................................................................................................................................

2. ISTERI.(perempuan yang akan berkahwin).

SYARAT ISTERI (perempuan yang akan berkahwin)

  1. Tidak mempunyai halangan untuk berkahwin.
  2. Ditentukan oleh wali yang mana satu yang hendak dikahwinkan.
  3. Tidak berada dalam Ihram Haji atau Umrah.
...............................................................................................................................................

3. SUAMI (lelaki yang akan berkahwin).

SYARAT SUAMI (lelaki yang akan berkahwin).
  1. Bukan mahram kepada perempuan yang ingin dikahwinkan.
  2. lelaki yang ditentukan; iaitu lelaki yang mana satu yang akan dikahwinkan.
  3. Bukan berada dalam keadaan Ihram Haji atau Umrah.
.................................................................................................................................................

4.WALI.(al-wilayah).
Al-Wilayah dari segi syara' ialah : melaksanakan kata-katanya terhadap orang lain dan mengawasi urusan mereka.
Maksud "orang lain" ialah orang yang tak mampu menguruskan dirinya, orang gila dan perempuan baligh yang berada dibawah jagaan wali ikhtiar ( wali biasa bukan wali mujbir)
Nabi Muhammad saw bersabda :
" Tidak sah pernikahan melainkan dengan adanya seorang wali dan dua orang saksi yang adil. Mana-mana perkahwinan tanpa kehadiran mereka adalah batil "  (HR ibnu Hibban )
SUSUNAN WALI.
  1. Bapa.
  2. Datuk sebelah ayah.
  3. Adik lelaki atau abang (seibu sebapa)
  4. Adik lelaki atau abang (sebapa)
  5. Anak menakan (anak kepada abang atau adik lelaki seibu sebapa)
  6. Anak menakan (anak kepada abang atau adik lelaki sebapa)
  7. Bapa saudara (seibu sebapa) sebelah bapa.
  8. Bapa sadara (sebapa) sebelah bapa.
  9. Sepupu (seibu sebapa)
  10. Sepupu (sebapa)
Jika semua wali di atas tiada maka walinya adalah wali sultan/wali hakim.
..................................................................................................................................................

5. DUA ORANG SAKSI.

SYARAT SAKSI.
  1. Islam.
  2. Lelaki.
  3. Berakal dan baligh.
  4. Adil walaupun zahirnya sahaja.
  5. Mendengar.
  6. Melihat.
.................................................................................................................................................
(rumusan dari kitab : Kitab FIkah Mazhab Syafie ( الفقه المنهجي ), bab : undang-undang kekeluargaan )


  

Selasa, 13 Mei 2014

Sejarah dan Perkembangan Agama Sikh.

Agama Sikh tercipta daripada gabungan di antara ajaran hindu dan ajaran islam. Dari sejarah, usaha untuk menyatukan antara kedua-dua ajran tersebut telah dilakukan oleh 2 orang tokoh reformasi agama Hindu, iaitu ramanand (1400-1470 masihi) dan Kabir (1447-1518 masihi).

Ramanand adalah seorang penyair dan penganut agama Hindu yang taat. Namun, oleh kerana beliau tidak bersetuju dengan golongan Brahmin (golongan tertinggi dalam sistem kasta) yang terlalu mementingkan kasta, beliau telah mengasaskan satu aliran dalam agama Hindu yang dikenali sebagai gerakan Hindu Bhakti. Ajaran beliau menekan tentang keesaan tuhan. Beliau juga menolak sistem kasta dan mendakwa Nirwana boleh dicapai dengan menjalani kehidupan secara sederhana. Beliau mempunyai pengikut dan pelajarnya yang ramai dan disegani. Salah seorang pengikutnya yang terkenal adalah Kabir.

Kabir dilahirkan oleh seorang wanita dari kasta Brahmin. Namun oleh kerana beberapa sebab, ibunya terpaksa meninggalkannya. Menurut riwayat, beliau telah diletakkan di dalam bakul dan dihanyutkan oleh ibunya dalam sebuah tasik. Namun beliau bernasib baik kerana telah dijumpai oleh sepasang suami isteri yang beragama islam yang kemudiannya mengambil kabir sebagai anak angkat. Seperti kanak-kanak lain kabir telah dihantar oleh ibubapa angkatnya untuk menuntut ilmu di Varanasi. Kabir sangat sukabelajar dan pada umur 16 tahun, beliau telah mempelajari secara mendalam mengenai agama Islam dan Hindu. Namun begitu Kabir dikatakan mempunyai kecederungan yang lebih kepada ajaran Hindu Bhakti yang di bawa oleh Ramanand. Beliau begitu tekun mempelajari ajaran Ramanand dan menyusun syair-syair Ramanand.

Setelah dewasa beliau telah berjaya membentuk komunitinya yang tersendiri yang dipanggil Kabir Panthis. Beliau meendakwa bahawa semua agama mengandungi kebenaran dan hanya ada satu tuhan sahaja. Walau bagaimanapun tuhan yang esa itu dikenali dengan pelbagai nama; antaranya : Allah, Rama ataupun Kriysna. Semua rumah iabadat sama ada kuil berhala Hindu ataupun masjid adalah sama sahaja dari sudut kesuciannya. Berdasarkan kepada ajaran inilah, maka ada golongan yang melihat Kabir sebagai perintis kepada ajaran Sikh.

Akhirnya, pada tahun 1469, lahirlah pengasas sebenar agama Sikh yang bernama Guru Nanak Dev. Pada asasnya, beliau menentang segala jenis ritual dan beliau tidak bertujuan membentuk agama baru. Ajaran beliau lebih berbentuk peraturan kemasyarakatan Beliau telah dipercayai telah berjaya menyatukan dan menyelaraskan ajaran antara dua agama yang berbeza iaitu Islam dan Hindu. Justeru, lama-kelamaan ajaran tersebut telah berkembang dan akhirnya lahirlah agama Sikh.

(nukilan dari kitab : Agama-Agama Di Dunia, terbitan : Universiti Sains Islam Malaysia)

5 Jenis Simbol Yang Mesti Diamalkan oleh Penganut Sikh


Sebelum ini kita dah lihat apa yang menjadi larangan yang keras dalam agama sikh. sekaranga mari kita lihat pula apa yang menjadi identiti masyarat sikh dan selalu masyarakat sikh amalkan.

terdapat 5 jenis simbol yang menjadi identiti dan amalan penganut agama sikh, antaranya iaitu :
  1. kesh ( rambut panjang ). ianya melambangkan keimanan.
  2. kangha ( sikat rambut kecil ). ianya melambangkan kebersihan.
  3. kirpan ( sejenis pisau atau keris ). ianya melambangkan  keteguhan iman dan pembela kepada ketidakadilan.
  4. kara (sejenis gelang besi ). ianya melambangkan kepatuhan terhadap agama sikh.
  5. kash ( sejenis seluar pendek ). ianya melambangkan kesediaan dan ketangkasan dalam melakukkan sesuatu. 
( nukilan dari kitab : " agama-agama di dunia " terbitan : universiti sains isalam malaysia )





Larangan yang di amalkan oleh Agama Sikh.




terdapat beberapa larangan yang perlu dipatuhi oleh penganut agama sikh. Antara larangan tersebut adalah seperti berikut :
  1. Tidak boleh memotong rambut.
  2. Tidak boleh berkelakuan buruk atau tidak bermoral.
  3. Tidak boleh merokok.
  4. Tidak boleh memakan daging yang disembelih.
  5. Tidak boleh meminum minuman beralkohol.