Antara kewajipan anak terhadap ibubapanya adalah :
- Taat kepada kedua ibubapa dalam perkara yang tidak maksiat serta berbuat baik kepada mereka.
Firman Allah Ta'ala :
Dan Tuhanmu ( wahai muhammad ) telah perintahkan supaya kamu semua tidak menyembah selain Dia (Allah) semata-matadan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibubapa.
(surah : Al-Isra': 23)
- Memberi nafkah kepada kedua ibubapa sekiranya mereka fakir miskin dan anak pula adalah orang yang senang.
Sabda Nabi saw, mafsumnya :
" Kamu dan harta kamu adalah hak bapamu. Sesungguhnya anak-anak kamu adalah antara sebaik-baik usaha kamu. Maka, makanlah daripada hasil usaha anak-anak kamu"
(HR Abu Daud)(nukilan dari kitab : Kitab fikah Mazhab Syafie -jilid 4)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan