Jumaat, 1 Mei 2020
Ulek Mayang
Lagu berhantu
Ulek Mayang ialah tarian tradisional Melayu yg berasal dari negeri Terengganu, Malaysia. Sebuah lagu unik dinyanyikan dgn iringan orkestra Melayu yg terdiri dari gendang, gong, biola dan akordian.
Ada byk versi legenda Ulek Mayang, menurut salah satu darinya, tarian ini berasal dari upacara rawatan kuno yg dilakukan oleh seorg bomoh ke atas seorg nelayan yg berada dlm keadaan tidak sedar, dipercayai telah dipukau oleh seorg puteri laut yg jatuh cinta padanya. Percubaan bomoh utk membawa kembali roh nelayan itu menyebabkan puteri itu menyeru 5 lagi saudaranya utk melawan bomoh tersebut. Pertarungan di antara si bomoh dan ke-enam2 puteri berlanjutan sehingga kemunculan puteri yg ketujuh dan paling sulung.
"Ku tahu asal-usulmu” kata puteri sulung dan beliau memerintahkan semua org, "Yg laut balik ke laut, yg darat balik ke darat".
Bomoh yg terhutang budi dan rakan2 nelayan menyampaikan sembahan nasi berwarna kpd sang puteri, satu upacara yg kekal diamalkan untuk menunjukkan rasa terhutang budi kpd semangat2 laut. Sehingga kedatangan Islam upacara ini larut seperti larutan gula di dlm air.
Namun, ia menjadi tarian kebudayaan di Malaysia asalkan persembahan dan pakaian ditapis utk kesesuaian Malaysia sebagai negara Islam.
Bersumber : https://m.facebook.com/groups/381757612236890?view=permalink&id=873157256430254
Rabu, 25 Mac 2020
Udang
APA ITU UDANG?
-merupakan haiwan yang hidup di dalam air,sama ada air tawar maupun air masin. Haiwan membiak secara bertelur. Mempunyai 2biji mata,badannya berkulit, mempunyai banyak kaki serta berekor dan mempunyai antena/misai di bahagian kepalanya. Haiwan ini juga mempunyai pengepit yang memudahkan ia makan.
-haiwan ini tergolong dalam kumpulan dendrobranchiata
APA YANG HAIWAN INI MAKAN?
-haiwan ini memakan segala jenis organisma/haiwan kecil yang terdapat di dalam air.
CIRI YANG TERDAPAT PADA HAIWAN INI.
bermata 2
mempunyai misai (kebanyakan)
berkaki banyak
mempunyai ekor
bertanduk (kebanyakannya)
mempunyai saiz yang berbeza-beza mengikut jenis
berkulit keras/lembut
membiak secara bertelur
HIDUPNYA PADA 3 KEADAAN AIR.
1.MASIN
- kebanyakan haiwan ini hidup pada persekitaran ini..antaranya : udang kertas, udang harimau, udang karang/kara, udang lipan dan berbagai lgi..
2.SEDERHANA MASIN/PAYAU
-hanya sebilangan kecil sahaja ynag hidup pada keadaan ini..antara contohnya : udang galah, udang kertas, udang gergau..
3.TAWAR.
-udang yang mendiami air ini sangat sedikit..antara contohnya : udang kara air tawar...
APA KHASIAT YANG TERDAPAT PADA HAIWAN INI?
-mengandung lemak omega 3. Lemak omega 3 ini dapat mengurangkan keradangan dan risiko penyakit jantung.
-mempunyai protein yang baik untuk tubuh.
-rendah kalori dan tidak mengandungi karbohidrat.
-mempunyai sejumlah besar vitamin B-12 , B -6 dan niasin.
-mempunyai kolesterol yang tinggi.
-kaya dengan zat besi.
JENIS DAN CIRI YANG TERDAPAT PADA HAIWAN INI.
1.udang lipan.
Nama sintifiknya : Mantis shrimps
2.udang harimau.
Selasa, 29 Oktober 2019
Ibnu Batutta..siapa dia?
- Nama sebenar : Abu Abdullah Muhammad bin Abdullah Al Lawati Tangi Ibnu Batutta.
- Bangsa : Barbar iaitu suku kaum Lawata
- Lahir : di Tangier, Maghribi (Morocco) pada 25 February 1304
- Mazhab beliau : bermazhab Maliki.(kebanyakan penduduk Afrika bermazhab maliki)
"Tokwan ibnu Batutta sebelah emak..Namanya Yusuf..seorang pegawai kerajaan..."
"Bapa ibnu Batutta, namanya Abdullah bin Ibrahim...emak ibnu Batutta pula, namanya Fatimah...emak beliau ni orang yang tahu serba sedikit tentang ilmu agama..umur 10tahun dah khatam Al Quran,Bahasa Arab lancar,feqah Dan tauhid serta sirah, dihadamnya dengan baik..."
"Emak dan bapa ibnu Batutta ni khawin selama 2tahun lebih, baru lah Allah swt kurnia kat mereka anak lelaki...iaitu ibnu Batutta (Abu Abdullah Muhammad)..hidup mereka ni sangat sederhana..maklum la bapa beliau ni kerja mengajar Al Quran dan feqah di madrasah yang terdekat dengan lepa saja dengan ikhlas(tanpa upah)"
"Ketika usia ibnu Batutta 4-6 tahun,beliau telah Di asuh oleh bapanya menghafal ayat2 Al Quran...sirah,Bahasa Arab Dan feqah diajar oleh ibunya..Dan ilmu2 lain yang beliau tuntut di masjid sekitar kediamannya"
"Pada usia ibnu Batutta 10 tahun,emaknya lahirkan adik buatnya..Yang bernama Ibrahim..."
"Pada usia 15 tahun,dihantar bapanya untuk belajar ke Marrakesh...".(gambar di bawah ni adalah Marrakesh yang skrg)..ketika ni,Marrakesh merupakan pusat ilmu..hatta bapa ibnu Batutta on belajar di sini..
"(Usia ibnu Batutta 20 tahun)5tahun sudah berlalu,ibnu Batutta pun tamat pengajian di Marrakesh..kemudian berehat di rumah beberapa bulan sambil tolong bapanya mengajar Di masjid...."
"Permulaan usia 21tahun,ibnu Batutta tunaikan Haji ke mekah,sambil itu..beliau juga turut menadah ilmu di sana..."
"Sampai di Tunis,beliau belayar dari situ ke iskandariah..."
"Selesai menunaikan Haji di Mekah, beliau memulakan langkahnya mengembara ke Ilkhanat (gabungan 4wilayah besar iaitu Iran,Iraq,palestin Dan Afghanistan)....
ILKHANAT
→beliau mengembara ke baghdad.(Sekarang wilayah Iraq)
→ meneruskan kembara ke Mosul wakil kepada kerajaan Ilkhanat (Masih lagi dalam wilayah Iraq)
→kemudian beliau berhijrah pulak ke Mardin (kawasan Turkish dah sekarang ni)
"Habis di Mardin,beliau kembali ke Mosul dan terus gerak menunaikan Haji yg keduanya...beliau tinggal di Mekah lama sebab beliau sakit.. "
"Ketika berada Di mekah (1328-1330)..beliau sembuh dari sakitnya..beliau p ke jeddah untuk belayar ke yaman..
"Di Yaman,beliau ke zabid; kemudiannya ke Ta'izz ;kemudiannya ke pelabuhan Aden...Di pelabuhan,beliau tumpang orang ke Zeila,Somalia.." Mai kita tgok tang mna Yaman dan Somalia..
Negara sebelah-sebelah sja.
SOMALIA
"ibnu Batutta brada di Zeila; kemudiannya ke tanjung Guardaful (3mggu dok sna); kemudia beliau ke Mogadishu (1miggu jgak dok sni)..
Ibnu Batutta ialah seorang pengembara Islam yang berasal dari Moroko/Maghribi. Beliau bercita-cita menjadi pengembara sejak kecil lagi dan menjadikan Al Idrisi sebagai idolanya. Keazaman beliau untuk menunaikan haji ke Makkah secara tidak langsung merupakan langkah pertama dalam memulakan pengembaraan beliau sebagai pengembara.
Setelah melalui selama 24tahun, hasilnya beliau telah mengembara sejauh 117,000 kilometer berbanding Vasco da Gama iaitu hanya sejauh 24,000 kilometer dalam tempoh yang samau. Paling menakjubkan dan mengagumkan, pengembaraan beliau mendapat perhatian pihak istana,iaitu Sultan Muhammad Tughluq di Delhi..
"Pada tahun 1334 (usia beliau 30tahun)..Dan menetap di Delhi saja pun 8 tahun...."
beliau di arahkan sultan untuk menjadi qadi atau Hakim Dan kemudian menghantar beliau menjadi duta ke China.
"Pada tahun 1345 (usia beliau 41tahun),beliau telah sampai di Pasai, Sumatera...sebelum beliau meneruskan perjalanannya ke Beijing "
"Pada tahun 1368/1369 (usia beliau 65tahun),beliau telah kembali ke rahmatullah.."
Kisah pengembaraan Ibnu Batutta telah di bukukan oleh Ibnu Juzayy yang diberi tajuk "rihlah" . Buku ini telah mendpat perhatian Dan sanjungan daripada cerdik pandai barat.
Disini Mari kita tengok sedikit sedutan ringkas melalui video Di bawah...
Selasa, 15 Oktober 2019
Ke mana hilangnya khandak?
Khandak ( parit ) yang pernah digunakan Rasulullah saw sebagai strategi peperangan untuk menentang musuh dalam peperangan khandak.
Pada tahun 1993, ianya masih berupa longgokan tanah yang digali seperti lubang salutan air yang panjang. Kini, khandak tinggal nama, lokasinya diratakan oleh orang wahabi dengan tujuan untuk menghilangkan bekas peninggalan sejarah.
Sumber :kitab, Darah Wahabi.
Bagaimana mazhab Wahabi kuat dalam negara Arab Saudi?
MOU penguasa Saud dengan Muhammad bin Abdul wahab
Penguasa Muhammad bin Saud dan Abdul Wahab saling berbaiah dan memberi sokongan dalam mendirikan negara teokratik. Mazhab Muhammad bin Abdul Wahab dinyatakan sebagai mazhab rasmi dan parti politik ibnu Saud dengan nama Wahabi.
Dalam pada itu, Muhammad bin Abdul Wahab di angkat sebagai Qadi (hakim negara). Hubungan kedua-duanya semakin erat setelah Ibnu Saud menikahi salah seorang puteri Muhammad bin Abdul Wahab (pengasas Wahabi).
Penaklukan Dan pembunuhan terus dilakukan terutamanya terhadap kabilah Ahli Sunnah yang menolak fahaman Wahabi.
Dalam peperangan Wahabi dengan kerajaan Uthmaniyah di ceritakan oleh Muhammad Finati, seorang muallaf dari Itali yg menyertai pasukan Uthmaniyah katanya :
"Sebahagian dari kami yang jatuh hidup-hidup ke tangan musuh (Wahabi) yang kejam dan fanatik, dipotong kaki dan tangan dan dibiarkan begitu saja. Sebahagian mereka, kusaksikan sendiri teraniyah dan mohon belas kasihan untuk segerakan pengakhiran hidup mereka"
Kitab : Darah Wahabi,karangan Ahmad Faidzurrahim,terbitan : Darul Taklim,cetakan pertama ,m/s : 171
Sabtu, 11 Julai 2015
Haji Sulong Al Fatani (ulama pejuang patani sejati)
Beliau merupakan ulama nusantara yang terlibat di dalam perjuangan menegakkan Islam di Patani, Thailand. Nama sebenar beliau adalah Haji Sulong bin Haji Abdul Kadir bin Muhammad bin Haji Zainal Abidin bin Ahmad Al Fatani. beliau merupakan pejuang Islam yang dianggap oleh sesetengah pihak sebagai 'Imam Bonjol Patani'. Beliau bukan sahaja menghabiskan usianya untuk menegakkan syiar agamanya tetapi mengakhiri hayatnya untuk perjuangan Islam yang sejati.
Peristiwa kematian Haji Sulong Al Fatani diselubungi misteri sehingga sekarang. Hal demikian adalah kerana selepas dijemput oleh ketua polis Thailand secara bermaruah, beliau dikatakan tidak dapat dikesan lagi. kehilangan ini memberi impak yang cukup sadis dikalangan masyarat Fatani.
Beliau dilahirkan pada tahun 1895 di kampung Anku Ru, Patani, dan merupakan seorang ulama ulung dan bergerak di dalam perjuangan rakyat Islam di negeri itu (Thailand) yang turut dihangatkan oleh bahang tekanan pemerintahan Siam. Ketika itu, negeri Patani Darul Salam diperintah oleh Sultan Sulaiman Sharifuddin. Bahang tekanan bukan sahaja dirasai oleh masyarakat Patani, malahan juga di rasai oleh negeri-negeri lain di semenanjung Tanah Melayu.
Di samping itu, Siam juga berusaha menakluki negeri-negeri jirannya disemenanjung supaya menjadi sebahagian dari wilayahnya. Tindakan tersebut telan dibantah oleh Sultan Abdul Kadir Kamruddin yang ketika itu memerintah Patani. Akibat dari bantahan itu, kerajaan Siam mengambil tindakan kepada Sultan dengan membuangnya dari Patani serta melucutkan segala hak dan tahta sultan darinya.
Semasa ke semasa, kerajaan Siam meningkatkan tekanan kepada umat Islam di Patani. Ramai pemimpin masyarakat telah diawasi pergerakan mereka dan termasuklah Haji Sulong. Haji Sulong memulakan dakwahnya di peringkat permualaan dengan memberi kesedaran kepada generasi muda tentang pentingnya Islam di jiwa kita.hal tersebut juga mendorong Haji Sulong mendirikan madrasah yang diberi nama Madrasah Al-Maarif Al-Wataniah di Patani. Di madrasah ini, Haji Sulong memperkanalkan sukatan pelajaran dan sistem kelas. Tetapi malangnya madrasah ini hanya mampu beroperasi selama 3 tahun sahaja. hal demikian adalah kerana kerajaan Siam mengarahkan Haji Sulong menutup madrasah ini.
Haji Sulong tidak patah semangat dalam usaha dakwahnya, beliau menukarkan teknik pembelajarannya dengan mengajar kuliah migguan di surau-surau berdekatan. Pembelajaran yang beliau terapkan adalah pembacaan kitab-kitab lama karangan ulama nusantara. waktu pembelajaran beliau adalah selapas maghrib dan isyak. Haji Sulong merupakan seorang ulama yang arif dalam bidang usuluddin dan tafsir. Pembelajaran yang beliau terapkan juga lebih memfokuskan kepada usuluddin dan tafsir. Hai ini, berterusan sehinggalah perang dunia kedua.
Dikatakan juga beliau pernah mengajar agama di Kemboja, tetapi hal demikian hanya buat seketika. Berikutan tindakan kerajaan Perancis menyekat penyebaran pengaruh agama Islam. Haji Sulong juga dikatakan telahpun diburuh oleh kerajaan Perancis. Setelah berita penangkapan haji Sulong tersebar, orang Champ yang merupakan penghuni di selatan Vietnam telah memberi pelindungan kepada beliau sebelum beliau dihantar kembali keThailand.
Semasa berlakunya rampasan kuasa di Thailand pada 1932, corak pemerintahan beraja bertukar kepada rejim berpelembagaan. Perubahan ini benar-benar memberi tekanan kepada masyarakat melayu di selatan Thai. Antara tekanan yang dapat dirasai oleh masarakat melayu di Thailand ialah semasa pemerintahan Phibul Songgram pada tahun 1932. Beliau telah melaksanakan dasar 'mensiamkan' semua rakyat. Undang-undang ini memaksa rakyat memakai pakaian cara barat iaitu berseluar dan bertopi bagi lelaki dan bergaun/berbaju pendek bagi wanita. Hal tersebut turut dikenakan kepada masyarakat islam. Kerajaan Phibul juga telah mengharamkan penggunaan bahasa melayu di pejabat-pejabat kerajaan.
Pelbagai tekanan dan ancaman itu telah menyebabkan pemimpin masyarakat Islam seperti Haji Sulong Al Fatani menubuhkan Badan Hukum Syriah bagi melindungi hak dan kepentingan agama islam di Thailand. Apabila meletusnya perang dunia kedua, Phibul Songgram telah megubah lagi dasar iaitu tidak lagi mengamalkan dasar berkecuali. Beliau telah memihak kepada Jepun dengan membenarkan tentera asing itu melalui Thai untuk menyerang Burma dan Tanah Melayu.
Pada tahun 1944, Phibul Songgram telah memansuhkan jawatan kadi, membubarkan undang-undang keluarga Islam, memansuhkan sistem pembangunan waris cara Islam lalu menggantikan dengan undang-undang sivil. Tindakan tersebut telah melampaui batas hak asasi manusia. Untuk itu, haji Sulong dan para pemimpin Islam yang lain telah mengadakan pertemuan untuk membincangkan masalah yang semakin menekan tersebut.
Mulai tahun 1947, perjuangan masyarakat Islam Patani bertambah memuncak sehingga tahun 1954. selama 7 tahun itu, haji Sulong Al-Fatani terus mempertahankan agama dan bangsa sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Patani (MAIP).
Hasil pertemuan pemimpin Islam setempat di Patani, Haji Sulong Al Fatani mengemukakan memorandum 'Tuntutan Tujuh Perkara' kepada kerajaan Siam pada tahun 1947. Memorandum itu mengandungi permintaan untuk mengadakan :
1.Seorang ketua beragama Islam bagi 4 buah wilayah yang dipilih oleh negeri dengan memberi kuasa penuh kepadanya.
2.Mengadakan pembelajaran bahasa melayu di setiap sekolah untuk kanak-kanak yang berumur 7 tahun sebelum mereka belajar bahasa siam atau mata pelajaran lain selain bahasa siam.
3.Hasil yang diperoleh dari 4 wilayah itu hendaklah dibelanjakan di wilayah itu sahaja.
4.80% daripada kakitangan kerajaan mestilah terdiri daripada orang Islam.
5.Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi.
6.mengasingkan Mahkamah Syariah daripada pejabat undang-undang negeri serta mengadakan undang-undang khas untuk memutuskan pendakwaan yang sabit dengan hukum Islam.
7.Mengikhtiraf rakyat di 4 wilayah itu berketurunan bangsa Melayu.
Kesan dari perjuangan ini, Haji Sulong telah ditangkap oleh pemerintah pada 16 januari 1948 kerana dituduh 'menderhakai negara'. Semasa beliau di penjara, ramai rakyat Patani bangkit untuk memperjuang beliau. oleh hal yang demikian, kerajaan Siam mengambil tindakan dengan melepaskan kembali Haji Sulong. perlepasan itu dibuat selepas haji Sulong ditahan setelah 4 tahun berada di penjara.
Pembebasan ini hanyalah helah untuk memperdaya haji Sulong dan pengikut-pengikutnya. pihak kerajaan mengadakan helahnya dengan menjemput secara terhormat haji Sulong ke kediaman rasmi kerajaan Siam. Undangan itu merupakan peristiwa terakhir untuk perjuangan Haji Sulong dan pengikut-pengikutnya. Telah dikatakan Haji Sulong tidak keluar dari kediaman rasmi kerajaan. pengikut-pengikut Haji Sulong menjangkakan bahawa Haji Sulong telah pun dibunuh dan dibuang mayatnya ke Laut Senggora berhampiran pulau Tikus pada malam sabtu, 13 Ogos 1954.
(Nukilan kitab :Lembaran Hidup Ulama',karangan Muhammad Abdulloh Suradi)
Hasil pertemuan pemimpin Islam setempat di Patani, Haji Sulong Al Fatani mengemukakan memorandum 'Tuntutan Tujuh Perkara' kepada kerajaan Siam pada tahun 1947. Memorandum itu mengandungi permintaan untuk mengadakan :
1.Seorang ketua beragama Islam bagi 4 buah wilayah yang dipilih oleh negeri dengan memberi kuasa penuh kepadanya.
2.Mengadakan pembelajaran bahasa melayu di setiap sekolah untuk kanak-kanak yang berumur 7 tahun sebelum mereka belajar bahasa siam atau mata pelajaran lain selain bahasa siam.
3.Hasil yang diperoleh dari 4 wilayah itu hendaklah dibelanjakan di wilayah itu sahaja.
4.80% daripada kakitangan kerajaan mestilah terdiri daripada orang Islam.
5.Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi.
6.mengasingkan Mahkamah Syariah daripada pejabat undang-undang negeri serta mengadakan undang-undang khas untuk memutuskan pendakwaan yang sabit dengan hukum Islam.
7.Mengikhtiraf rakyat di 4 wilayah itu berketurunan bangsa Melayu.
Kesan dari perjuangan ini, Haji Sulong telah ditangkap oleh pemerintah pada 16 januari 1948 kerana dituduh 'menderhakai negara'. Semasa beliau di penjara, ramai rakyat Patani bangkit untuk memperjuang beliau. oleh hal yang demikian, kerajaan Siam mengambil tindakan dengan melepaskan kembali Haji Sulong. perlepasan itu dibuat selepas haji Sulong ditahan setelah 4 tahun berada di penjara.
Pembebasan ini hanyalah helah untuk memperdaya haji Sulong dan pengikut-pengikutnya. pihak kerajaan mengadakan helahnya dengan menjemput secara terhormat haji Sulong ke kediaman rasmi kerajaan Siam. Undangan itu merupakan peristiwa terakhir untuk perjuangan Haji Sulong dan pengikut-pengikutnya. Telah dikatakan Haji Sulong tidak keluar dari kediaman rasmi kerajaan. pengikut-pengikut Haji Sulong menjangkakan bahawa Haji Sulong telah pun dibunuh dan dibuang mayatnya ke Laut Senggora berhampiran pulau Tikus pada malam sabtu, 13 Ogos 1954.
(Nukilan kitab :Lembaran Hidup Ulama',karangan Muhammad Abdulloh Suradi)
Ahad, 17 Mei 2015
Koleksi Lagu Axl's ( rock jiwang )
AXL's - Padah Asmara.mp3 ( Download / Play )
AXL's - Setelah Hati Terluka.mp3 ( Download / Play )
AXL's - Ujian Asmara.mp3 ( Download / Play )
AXL's - Khabaran Terhalang.mp3 ( Download / Play )
AXL's - Akulah Kekasihmu.mp3 ( Download / Play )
AXL's - Andai Dapat Ku Undurkan Masa.mp3 ( Download / Play )
AXL's - Cinta Sejati.mp3 ( Download / Play )
Langgan:
Catatan (Atom)











