Selasa, 10 Jun 2014

Pengertian Qarin.

"Sesiapa yang berpaling dari pengajaran Allah yang Maha Pemurah (al-Quran), Kami adakan baginya syaitan maka syaitan itulah menjadi teman (al-qarin) yang menyertainya"
(Surah az-Zukhruf : ayat 36)
Rasulullah berkata berkenaan qarin :
"Tidak ada seorang pun daripada kamu yang tidak diwakilkan oleh Allah swt qarin (teman) daripada bangsa jin. Para sahabat bertanya, "Apakah qarin itu juga diperuntukkan untukmu, wahai Rasulullah saw?" baginda menjawab, Juga untuk saya, tetapi allah swt menolongku terhadapnya, lalu ia masuk Islam dan ia tidak akan menyuruhku kecuali pada kebaikan".
 (Dilaporkan Muslim dan Mas'ud)
Qarin adalah salah satu daripada suku jin yang ditugaskan Allah swt supaya selalu mengikut manusia dalam setiap aktiviti harian mereka. Jin qarin ini tahu perjalanan hidup yang di dampingnya dan mempunyai data lengkap berkenaan orang yang didampinginya. Qarin mengetahuai perjalanan hidup daripada orang itu lahir sehingga dia meninggal dunia. Ini memudahkan qarin menceritakan semua perkara berkenaan orang yang pernah didampinginya serta menambah perbagai cerita bohong berkenaan orang itu. 

Qarin mungkin juga masuk Islam melalui pengaruh manusia, hal tersebut di jelaskan oleh Dr. al-Asyqar.:
"Boleh jadi seorang muslim mampu mempengaruhi jin pendampingnya kemudian jin itu masuk Islam."
Tetapi menurut Syeikh Wahid Abdus Salam Bali, pakar Ruqyah daripada Timur Tengah:
"Apa yang dikatakan oleh Dr.al-Asyqar perlu ditinjau kerana pernyataan menunjukkan setiap muslim dapat mempengaruhi jin pendampingnya hingga masuk Islam, bahkan secara tegas beliau menyatakan perkara itu. Sedangkan yang sebenarnya tidaklah begitu kerana penjelasan dalam hadis itu secara lahiriahnya menunjukkan perkara itu khusus untuk Rasulullah saw. Sesiapa yang menyatakan ia juga terjadi kepada masyarakat umum, maka dia perlu mengemukakan dalil. Sepanjang yang saya ketahuai tidak ada dalil yang mendukung pendapat itu.." 
(nukilan dari pengarang : Malik Faisal, dalam kitabnya : Jampi Jelmaan Al-Quran dan Hadis Membongkar Rahsia Alam Jin dan Sihir)

# Rumusannya, qarin itu adalah jin dan dia (qarin) itu tidak Islam. Wallahu'alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan