Mengikut kajian fakta sejarah, agama ini wujud hasil pertembungan antara 2 bangsa yang berbeza iaitu Bangsa Dravidia yang merupakan penduduk asal lembah Indus dan Bangsa Arya yang merupakan satu bangsa dari Persia yang datang ke Lembah Indus.
Bangsa Arya pada ketika itu telahpun mempunyai struktur agama mereka yang dikenali sebagai Arya Dharma. Dharma bermaksud jalan hidup atau agama, jadi Arya Dharma bermaksud " jalan hidup Arya". Bangsa Arya ini dikatakan mempunyai satu tuhan sahaja,
Setelah mereka berpindah dan menjejaki Lembah Indus, mereka pun mula bergaul dengan penduduk Lembah Indus iaitu Bangsa Dravidia, lalu kepercayaan mereka mula bercampur dengan kepercayaan yang telah diamalkan di lembah tersebut. Menurut catatan sejarah dan kajian ketamadunan, penduduk di lembah tersebut sememangnya didapati mempunyai kepercayaan politesme iaitu satu kepercayaan yang mengamalkan penyembahan menganuti kewujudan banyak dewa atau tuhan di alam ini. Hasil dari percampuran ini lahirlah dan berkembangnya agama Hindu.
Menurut sesetengah sarjana dan pengkaji agama, perkataan Hindu itu sebenarnya berasal daripada perkataan Sindhu atau Indus iaitu sebuah sungai yang terdapat di India. Penamaan agama ini sebagai Hindu adalah berasal atau bersemperna dengan kedudukan asal pengamal kepercayaan dan falsafah Veda ini, iaitu di sekitar Lembah Indus. Malah, agama Hindu pernah menjadi amalan dan kepercayaan rasmi bagi sebuah tamadun yang merupakan tamadun yang tertua di dunia iaitu Tamadun India (sebelum 3000 tahun B.C) yang pernah berpusat di Lembah Indus.
(nukilan kitab : Agama-agama di Dunia , terbitan : Universiti Sains Islam Malaysia)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan