Isnin, 12 Mei 2014

Ilmu Khadam.

sering kali kita dengar bahawa kaedah pengamal perubatan tradisional mengamalkan ajaran yang mensyirikkan Allah swt. Dan amat menyedihkan lagi perkataan itu datang dari seorang mulut doktor yang mana, setiap perkataan doktor itu lebih cepat di terima masyarakat.

saya disini ingin menasihatkan kepada golongan pengamal perubatan moden agar jangan sesekali kita mensyirikkan orang dengan sesuka hati terutamanya kepada golongan pengamal perubatan tradisional. hal ini adalah kerana kita belum mengetahui benar-benar akan kesyirikan yang mereka lakukan.

Oleh hal yang demikian mari kita lihat apa hukum mempelajari ilmu khadam iaitu ilmu yang sering dikaitkan dengan pengamal perubatan tradisional. sebelum itu mari kita lihat maksud ilmu khadam terlebih dahulu.

 ‘ilmu khadam’ adalah ilmu yang membolehkan seseorang memanggil makhluk lain sebagai khadam untuk menjalankan tugas-tugas tertentu untuk kepentingan diri seseorang seperti menjaga keselamatan rumah dan harta, melariskan jualan dan memelihara badan dari dicederakan (kebal). Makhluk tersebut akan menjadi suruhan (khadam) yang akan taat kepada tuannya.

( dinukilkan dari http://www.e-fatwa.gov.my/blog/hukum-mempelajari-ilmu-qadam )


jadi menurut perkara di atas, dapatlah kita faham bahawa mempelajari/mengamalkan ilmu khadam ini adalah dibolehkan dengan syarat menuruti syariat Islam. yang paling penting bagi kita adalah yakin kita hanya kepada Allah swt.

walla'hua'lam.

Tauhid Wahabi


mazhab wahabi serta pengikutnya berpegang pada tauhid yang 3, iaitu tauhid uluhiyyah, tauhid rububiyyah, dan tauhid asma wassifah. sesungguhnya pembahagian tauhid seperti ini sama sekali tidak memiliki sumber yang sah baik dari al-Quran, Hadis dan tidak ada seorang pun dari para ulama salaf maupun ulama khalaf yang membahagi tauhid kepada 3 bahagian tersebut.

pembahagian tauhid kepada 3 bahagian ini adalah pendapat ekstrim dari kaum Musyabbihah terutama sekali Musyabbihah kini, mereka mengaku datang untuk membenteras bidaah namun sebenarnya mereka adalah orang-orang yang membawa bidaah.

antara dalil yang dapat membuktikan akan kebatilan pembahagian tauhid ini adalah sabda rasulullah saw :
" aku diperintah untuk memerangi manusia hingga mereka bersaksi bahawa tidak ada tuhan (pencipta) yang berhak di sembah kecuali Allah dan bahawa aku adalah utusan Allah. Jika mereka melakukan sedemikian maka terpelihara dariku darah-darah mereka  dan harta-harta mereka kecuali kerana hak." (HR al-Bukhari)
( nukilan dari kitab : Darah wahabi , menyingkap kesesatan fahaman wahabi ; karamgam : Ahmad Faidzurrahim )

Ahad, 11 Mei 2014

Bahagian Air.

di dalam islam , air itu terbahagi kepada 4 bahagian :

pertama  : air yang suci lagi menyucikan dan tidak makruh menggunakannya. Iaitu air mutlak.
kedua  : air yang suci lagi menyucikan tetapi makruh menggunakannya. Iaitu air yang terjemur dengan sinaran matahari.
ketiga  : air yang suci, dan tidak menyucikan. Iaitu air yang musta'mal (air yang telah digunakan untuk berwuduk atau air yang digunakan untuk menghilangkan najis) dan air yang berubah dengan suatu yang suci. contoh air milo, kopi dan lain-lain.
keempat  : air mutanajis. Iaitu air yang bercampur dengan najis. 


bagaimanakah air atau air telaga yang jatuh najis ke dalamnya? adakah boleh digunakan untuk berwuduk?

ya memang boleh digunakan air tersebut, selagi mna air itu tidak berubah sifat-sifat asal air tersebut. sebagaimana sabda nabi muhammad saw yang bermaksud :
" bahawasanya air itu tidak dinajiskan ia oleh sesuatu melainkan barang yang mengerasi atasnya baunya, rasanya dan warnanya " (riwayat ibnu majjah)
sedikit nukilan dari blog ( http://kuliah-motivasi.blogspot.com/2010/12/bahagian-air-dan-alat-bersuci.html )

Lapan Jalan Yang Di Ajarkan Dalam Agama Buddha


tanha merupakan keinginan, keperluan, dan kemahuan. 3 elimen ini di satukan atas nama hawa nafsu yang selalu menginginkan sesuatu tanpa putus. Oleh hal yang demikian, agama buddha menganggap tanha ini merupakan penyebab segala masalah.

sebagai contoh, apabila lapar kita makan, apabila kita dahaga kita minum, apabila kita sedih kita menangis atau meratap dan apabila kita marah kita menjerit. Oleh itu,semua perasaan iaitu lapar, dahaga, sedih dan marah adalah tanha. manakala segala perbuatan yang timbul selepasnya iaitu makan, minum, menangis dan menjerit adalah dukkha.

tanha dikatakan punca kepada wujudnya dukkha yang perlu kita basmi dan hapuskan melalui Lapan Jalan

lapan jalan itu adalah seperti berikut :


  1. pandang yang benar.
  2. memikir yang benar.
  3. bercakap yang benar.
  4. berbuat yang benar.
  5. melaksanakan hidup dengan cara yang benar.
  6. melakukan usaha yang benar.
  7. memerhatikan perkara yang benar.
  8. Meditasi/ konsentrasi yang benar.

Takrif Hudud dan Hukuman Hudud.

Takrif Hudud.

Hudud ialah hukuman yang telah ditetapkan kadarnya oleh syarak. Hukuman ini tidak boleh di tambah atau di kurangkan atas nama hukum hudud.

Hukuman Hudud.

Hudud ialah hukuman yang telah ditetapkan dan melibatkan enam jenis jenayah iaitu zina, tuduhan zina, mencuri, minum minuman yang memadukkan, merompak (hirabah) dan murtad.

Kelebihan Bulan Rejab

Alhamdulillah sekarang kita telah memasuki bulan Rejab..Di sini saya ingin berkongsi beberapa fadhilat bulan rejab yang saya kutip dari sebuah kitab iaitu kitab " Amalan & kelebihan bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan ", karangan :Ustaz Ahmad Zulaili Hj. Zamri ..

Antara kelebihan bulan Rejab ialah :-

  • berpuasa sunat Rejab 20 hari, maka Allah swt akan mengampunkan dosa-dosanya yng lalu.
  • berpuasa sunat Rejab 19 hari, maka Allah swt akan membina untuknya sebuah mahligai di syurga.
  • berpuasa sunat rejab 5 hari, akan diamankn daripada azab kubur. 
  • berpuasa sunat Rejab 6 hari, akan dikeluarkan dari kubur pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya.
***************************
Adapun, mengenai berpuasa di dalamnya (Bulan Rejab), maka sesungguhnya banyak hadis yang menerangkan kesunatannya. Diantaranya, seperti hadis yang diriwayatkan oleh Baihaqi dalam "Syu'bin Imani", dari Anas r.a bahawa Nabi saw bersabda :
"Di dalam syurga terdapat sebuah sungai yang disebut sungai Rejab, yang airnya jernih daripada susu dan lebih manis dari madu. Barangsiapa berpuasa satu hari di dalam bulan Rejab maka akan diberi minum oleh Allah dengan air dari sungai tersebut."
(Dinukilkan dari kitab : Duratun Nasihin)


Selasa, 2 Julai 2013

Nama-nama bagi bulan Ramadhan(1).



1- 1. Bulan sabar.
Ini berdasarkan hadith ;
صوم شهر الصبر وثلاثة أيام من كل شهر تعدل صوم الدهر
Sabda Rasulullah saw : “ Berpuasa pada bulan sabar dan tiga hari dari setiap bulan adalah menyamai puasa setahun”

2- 2. Bulan al Muawasah ( kasihan belas ).
Ini berdasarkan hadith ;
وهو شهر المواساة
“ Ia adalah bulan berbelas kasihan “.

3- 3. Penghulu segala bulan.
Ini berdasarkan hadith ;
سيد الشهور شهر رمضان
“ Penghulu segala bulan adalah bulan Ramadhan”

4- 4. Bulan puasa.
Kata Abu zaid allughawi;
أقمت بالبصرة صومين أي رمضانين
“ Aku tinggal di Basrah selama dua kali bulan puasa (Ramadhan ).

5- 5. Bulan Siyahah .
Berdasarkan tafsir para sahabat antaranya Abu Hurairah, Ibn Mas’ud dan Ibn Abbas RA bagi ayat 112 : surah at-taubah

التَّائِبُونَ الْعَابِدُونَ الْحَامِدُونَ السَّائِحُونَ الرَّاكِعُونَ السَّاجِدُونَ الآمِرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَالنَّاهُونَ عَنِ الْمُنكَرِ وَالْحَافِظُونَ لِحُدُودِ اللَّهِ وَبَشِّرِ 
الْمُؤْمِنِينَ
(Mereka itu ialah): orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara, yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian).
mereka menyebut;

السائحون أي الصائمون
Assa’ihun adalah orang yang berpuasa.


----------------------------------------------------------------------------------------------------
1) http://www.ustazshauqi.com/2011/07/makna-puasa-ramadhan.html