pertama : air yang suci lagi menyucikan dan tidak makruh menggunakannya. Iaitu air mutlak.
kedua : air yang suci lagi menyucikan tetapi makruh menggunakannya. Iaitu air yang terjemur dengan sinaran matahari.
ketiga : air yang suci, dan tidak menyucikan. Iaitu air yang musta'mal (air yang telah digunakan untuk berwuduk atau air yang digunakan untuk menghilangkan najis) dan air yang berubah dengan suatu yang suci. contoh air milo, kopi dan lain-lain.
keempat : air mutanajis. Iaitu air yang bercampur dengan najis.
bagaimanakah air atau air telaga yang jatuh najis ke dalamnya? adakah boleh digunakan untuk berwuduk?
ya memang boleh digunakan air tersebut, selagi mna air itu tidak berubah sifat-sifat asal air tersebut. sebagaimana sabda nabi muhammad saw yang bermaksud :
" bahawasanya air itu tidak dinajiskan ia oleh sesuatu melainkan barang yang mengerasi atasnya baunya, rasanya dan warnanya " (riwayat ibnu majjah)sedikit nukilan dari blog ( http://kuliah-motivasi.blogspot.com/2010/12/bahagian-air-dan-alat-bersuci.html )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan