mazhab wahabi serta pengikutnya berpegang pada tauhid yang 3, iaitu tauhid uluhiyyah, tauhid rububiyyah, dan tauhid asma wassifah. sesungguhnya pembahagian tauhid seperti ini sama sekali tidak memiliki sumber yang sah baik dari al-Quran, Hadis dan tidak ada seorang pun dari para ulama salaf maupun ulama khalaf yang membahagi tauhid kepada 3 bahagian tersebut.
pembahagian tauhid kepada 3 bahagian ini adalah pendapat ekstrim dari kaum Musyabbihah terutama sekali Musyabbihah kini, mereka mengaku datang untuk membenteras bidaah namun sebenarnya mereka adalah orang-orang yang membawa bidaah.
antara dalil yang dapat membuktikan akan kebatilan pembahagian tauhid ini adalah sabda rasulullah saw :
" aku diperintah untuk memerangi manusia hingga mereka bersaksi bahawa tidak ada tuhan (pencipta) yang berhak di sembah kecuali Allah dan bahawa aku adalah utusan Allah. Jika mereka melakukan sedemikian maka terpelihara dariku darah-darah mereka dan harta-harta mereka kecuali kerana hak." (HR al-Bukhari)( nukilan dari kitab : Darah wahabi , menyingkap kesesatan fahaman wahabi ; karamgam : Ahmad Faidzurrahim )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan