Sabtu, 11 Julai 2015

Haji Sulong Al Fatani (ulama pejuang patani sejati)


Beliau merupakan ulama nusantara yang terlibat di dalam perjuangan menegakkan Islam di Patani, Thailand. Nama sebenar beliau adalah Haji Sulong bin Haji Abdul Kadir bin Muhammad bin Haji Zainal Abidin bin Ahmad Al Fatani. beliau merupakan pejuang Islam yang dianggap oleh sesetengah pihak sebagai 'Imam Bonjol Patani'. Beliau bukan sahaja menghabiskan usianya untuk menegakkan syiar agamanya tetapi mengakhiri hayatnya untuk perjuangan Islam yang sejati.

Peristiwa kematian Haji Sulong Al Fatani diselubungi misteri sehingga sekarang. Hal demikian adalah kerana selepas dijemput oleh ketua polis Thailand secara bermaruah, beliau dikatakan tidak dapat dikesan lagi. kehilangan ini memberi impak yang cukup sadis dikalangan masyarat Fatani.

Beliau dilahirkan pada tahun 1895 di kampung Anku Ru, Patani, dan merupakan seorang ulama ulung dan bergerak di dalam perjuangan rakyat Islam di negeri itu (Thailand) yang turut dihangatkan oleh bahang tekanan pemerintahan Siam. Ketika itu, negeri Patani Darul Salam diperintah oleh Sultan Sulaiman Sharifuddin. Bahang tekanan bukan sahaja dirasai oleh masyarakat Patani, malahan juga di rasai oleh negeri-negeri lain di semenanjung Tanah Melayu.

Di samping itu, Siam juga berusaha menakluki negeri-negeri jirannya disemenanjung supaya menjadi sebahagian dari wilayahnya. Tindakan tersebut telan dibantah oleh Sultan Abdul Kadir Kamruddin yang ketika itu memerintah Patani. Akibat dari bantahan itu, kerajaan Siam mengambil tindakan kepada Sultan dengan membuangnya dari Patani serta melucutkan segala hak dan tahta sultan darinya.

Semasa ke semasa, kerajaan Siam meningkatkan tekanan kepada umat Islam di Patani. Ramai pemimpin masyarakat telah diawasi pergerakan mereka dan termasuklah Haji Sulong. Haji Sulong memulakan dakwahnya di peringkat permualaan dengan memberi kesedaran kepada generasi muda tentang pentingnya Islam di jiwa kita.hal tersebut juga mendorong Haji Sulong mendirikan madrasah yang diberi nama Madrasah Al-Maarif Al-Wataniah di Patani. Di madrasah ini, Haji Sulong memperkanalkan sukatan pelajaran dan sistem kelas. Tetapi malangnya madrasah ini hanya mampu beroperasi selama 3 tahun sahaja. hal demikian adalah kerana kerajaan Siam mengarahkan Haji Sulong menutup madrasah ini.

Haji Sulong tidak patah semangat dalam usaha dakwahnya, beliau menukarkan teknik pembelajarannya dengan mengajar kuliah migguan di surau-surau berdekatan. Pembelajaran yang beliau terapkan adalah pembacaan kitab-kitab lama karangan ulama nusantara. waktu pembelajaran beliau adalah selapas maghrib dan isyak. Haji Sulong merupakan seorang ulama yang arif dalam bidang usuluddin dan tafsir. Pembelajaran yang beliau terapkan juga lebih memfokuskan kepada usuluddin dan tafsir. Hai ini, berterusan sehinggalah perang dunia kedua.

Dikatakan juga beliau pernah mengajar agama di Kemboja, tetapi hal demikian hanya buat seketika. Berikutan tindakan kerajaan Perancis menyekat penyebaran pengaruh agama Islam. Haji Sulong juga dikatakan  telahpun diburuh oleh kerajaan Perancis. Setelah berita penangkapan haji Sulong tersebar, orang Champ yang merupakan penghuni di selatan Vietnam telah memberi pelindungan kepada beliau sebelum beliau dihantar kembali keThailand.

Semasa berlakunya rampasan kuasa di Thailand pada 1932, corak pemerintahan beraja  bertukar kepada rejim berpelembagaan. Perubahan ini benar-benar memberi tekanan kepada masyarakat melayu di selatan Thai. Antara tekanan yang dapat dirasai oleh masarakat melayu di Thailand ialah semasa pemerintahan Phibul Songgram pada tahun 1932. Beliau telah melaksanakan dasar 'mensiamkan' semua rakyat. Undang-undang ini memaksa rakyat memakai pakaian cara barat iaitu berseluar dan bertopi bagi lelaki dan bergaun/berbaju pendek bagi wanita. Hal tersebut turut dikenakan kepada masyarakat islam. Kerajaan Phibul juga telah mengharamkan penggunaan bahasa melayu di pejabat-pejabat kerajaan.

Pelbagai tekanan dan ancaman itu telah menyebabkan pemimpin masyarakat Islam seperti Haji Sulong Al Fatani menubuhkan Badan Hukum Syriah bagi melindungi hak dan kepentingan agama islam di Thailand. Apabila meletusnya perang dunia kedua, Phibul Songgram telah megubah lagi dasar iaitu tidak lagi mengamalkan dasar berkecuali. Beliau telah memihak kepada Jepun dengan membenarkan tentera asing itu melalui Thai untuk menyerang Burma dan Tanah Melayu.

Pada tahun 1944, Phibul Songgram telah memansuhkan jawatan kadi, membubarkan undang-undang keluarga Islam, memansuhkan sistem pembangunan waris cara Islam lalu menggantikan dengan undang-undang sivil. Tindakan tersebut telah melampaui batas hak asasi manusia. Untuk itu, haji Sulong dan para pemimpin Islam yang lain telah mengadakan pertemuan untuk membincangkan masalah yang semakin menekan tersebut.

Mulai tahun 1947, perjuangan masyarakat Islam Patani bertambah memuncak sehingga tahun 1954. selama 7 tahun itu, haji Sulong Al-Fatani terus mempertahankan agama dan bangsa sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Patani (MAIP).

Hasil pertemuan pemimpin Islam setempat di Patani, Haji Sulong Al Fatani mengemukakan memorandum 'Tuntutan Tujuh Perkara' kepada kerajaan Siam pada tahun 1947. Memorandum itu mengandungi permintaan untuk mengadakan :

1.Seorang ketua beragama Islam bagi 4 buah wilayah yang dipilih oleh negeri dengan memberi kuasa penuh kepadanya.
2.Mengadakan pembelajaran bahasa melayu di setiap sekolah untuk kanak-kanak yang berumur 7 tahun sebelum mereka belajar bahasa siam atau mata pelajaran lain selain bahasa siam.
3.Hasil yang diperoleh dari 4 wilayah itu hendaklah dibelanjakan di wilayah itu sahaja.
4.80% daripada kakitangan kerajaan mestilah terdiri daripada orang Islam.
5.Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi.
6.mengasingkan Mahkamah Syariah daripada pejabat undang-undang negeri serta mengadakan undang-undang khas untuk memutuskan pendakwaan yang sabit dengan hukum Islam.
7.Mengikhtiraf rakyat di 4 wilayah itu berketurunan bangsa Melayu.

Kesan dari perjuangan ini, Haji Sulong telah ditangkap oleh pemerintah pada 16 januari 1948 kerana dituduh 'menderhakai negara'. Semasa beliau di penjara, ramai rakyat Patani bangkit untuk memperjuang beliau. oleh hal yang demikian, kerajaan Siam mengambil tindakan dengan melepaskan kembali Haji Sulong. perlepasan itu dibuat selepas haji Sulong ditahan setelah 4 tahun berada di penjara.

Pembebasan ini hanyalah helah untuk memperdaya haji Sulong dan pengikut-pengikutnya. pihak kerajaan mengadakan helahnya dengan menjemput secara terhormat haji Sulong ke kediaman rasmi kerajaan Siam. Undangan itu merupakan peristiwa terakhir untuk perjuangan Haji Sulong dan pengikut-pengikutnya. Telah dikatakan Haji Sulong tidak keluar dari kediaman rasmi kerajaan. pengikut-pengikut Haji Sulong menjangkakan bahawa Haji Sulong telah pun dibunuh dan dibuang mayatnya ke Laut Senggora berhampiran pulau Tikus pada malam sabtu, 13 Ogos 1954.

(Nukilan kitab :Lembaran Hidup Ulama',karangan Muhammad Abdulloh Suradi)

Ahad, 17 Mei 2015

Koleksi Lagu Axl's ( rock jiwang )


AXL's - Padah Asmara.mp3                                   ( Download / Play )

AXL's - Setelah Hati Terluka.mp3                         ( Download / Play )

AXL's - Ujian Asmara.mp3                                     ( Download / Play )

AXL's - Khabaran Terhalang.mp3                        ( Download / Play )

AXL's - Akulah Kekasihmu.mp3                           ( Download / Play )

AXL's - Andai Dapat Ku Undurkan Masa.mp3    ( Download / Play )

AXL's - Cinta Sejati.mp3                                       ( Download / Play )

Sabtu, 14 Jun 2014

Syurga.

Ibnu Abbas r.a berkata : " Syurga itu mempunyai 8 pintu emas yang bertaburan permata. Pintu pertama tertulis : "Laailaaha illallaahu Muhammadur rasulullaahi",ini adalah pintu masuk untuk para Nabi, para Rasul, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang yang bersedekah.

Pintu yang kedua adalah pintu masuk untuk orang-orang yang mengerjakan solat, yang mereka itu menyempurnakan solat dan wudhuknya.

Pintu yang ketiga adalah pintu untuk orang-orang yang mengeluarkan zakat hartanya.

Pintu yang keempat adalah pintu masuk untuk mereka yang menyuruh berbuat baik dan melarang berbuat mungkar.

Pintu yang kelima adalah pintu masuk untuk orang yang menahan nafsu syahwatnya.

Pintu yang keenam adalah pintu masuk untuk orang yang mengerjakan haji dan ibadah umrah.

Pintu yang ketujuh adalah pintu masuk untuk para pejuang.

Pintu yang akhir iaitu pintu yang kelapan adalah pintu masuk untuk orang-orang yang memejamkan penglihatannya dari segala macam yang haram, orang-orang yang mengerjakan kebaikan serta kebajikan. berbuat baik kepada orang tua dan menghubungkan silaturrahmi, serta perbuatan-perbuatan baik yang lain."
(Daqa'iqul Akhbari)

( Dinukil dari kitab : Duratun Nasihin )

#Rumusanya ; Apakah kita sudah fikirkan pintu mana yang ingin kita masuk? Islahlah diri dan perbaikilah amalam. Wa'llu a'lam..

Selasa, 10 Jun 2014

Pengertian Qarin.

"Sesiapa yang berpaling dari pengajaran Allah yang Maha Pemurah (al-Quran), Kami adakan baginya syaitan maka syaitan itulah menjadi teman (al-qarin) yang menyertainya"
(Surah az-Zukhruf : ayat 36)
Rasulullah berkata berkenaan qarin :
"Tidak ada seorang pun daripada kamu yang tidak diwakilkan oleh Allah swt qarin (teman) daripada bangsa jin. Para sahabat bertanya, "Apakah qarin itu juga diperuntukkan untukmu, wahai Rasulullah saw?" baginda menjawab, Juga untuk saya, tetapi allah swt menolongku terhadapnya, lalu ia masuk Islam dan ia tidak akan menyuruhku kecuali pada kebaikan".
 (Dilaporkan Muslim dan Mas'ud)
Qarin adalah salah satu daripada suku jin yang ditugaskan Allah swt supaya selalu mengikut manusia dalam setiap aktiviti harian mereka. Jin qarin ini tahu perjalanan hidup yang di dampingnya dan mempunyai data lengkap berkenaan orang yang didampinginya. Qarin mengetahuai perjalanan hidup daripada orang itu lahir sehingga dia meninggal dunia. Ini memudahkan qarin menceritakan semua perkara berkenaan orang yang pernah didampinginya serta menambah perbagai cerita bohong berkenaan orang itu. 

Qarin mungkin juga masuk Islam melalui pengaruh manusia, hal tersebut di jelaskan oleh Dr. al-Asyqar.:
"Boleh jadi seorang muslim mampu mempengaruhi jin pendampingnya kemudian jin itu masuk Islam."
Tetapi menurut Syeikh Wahid Abdus Salam Bali, pakar Ruqyah daripada Timur Tengah:
"Apa yang dikatakan oleh Dr.al-Asyqar perlu ditinjau kerana pernyataan menunjukkan setiap muslim dapat mempengaruhi jin pendampingnya hingga masuk Islam, bahkan secara tegas beliau menyatakan perkara itu. Sedangkan yang sebenarnya tidaklah begitu kerana penjelasan dalam hadis itu secara lahiriahnya menunjukkan perkara itu khusus untuk Rasulullah saw. Sesiapa yang menyatakan ia juga terjadi kepada masyarakat umum, maka dia perlu mengemukakan dalil. Sepanjang yang saya ketahuai tidak ada dalil yang mendukung pendapat itu.." 
(nukilan dari pengarang : Malik Faisal, dalam kitabnya : Jampi Jelmaan Al-Quran dan Hadis Membongkar Rahsia Alam Jin dan Sihir)

# Rumusannya, qarin itu adalah jin dan dia (qarin) itu tidak Islam. Wallahu'alam.

Ahad, 8 Jun 2014

Sejarah Perkembangan Agama Hindu.


Mengikut kajian fakta sejarah, agama ini wujud hasil pertembungan antara 2 bangsa yang berbeza iaitu Bangsa Dravidia yang merupakan penduduk asal lembah Indus dan Bangsa Arya yang merupakan satu bangsa dari Persia yang datang ke Lembah Indus.

Bangsa Arya pada ketika itu telahpun mempunyai struktur agama mereka yang dikenali sebagai Arya Dharma. Dharma bermaksud jalan hidup atau agama, jadi Arya Dharma bermaksud " jalan hidup Arya". Bangsa Arya ini dikatakan mempunyai satu tuhan sahaja,

Setelah mereka berpindah dan menjejaki Lembah Indus, mereka pun mula bergaul dengan penduduk Lembah Indus iaitu Bangsa Dravidia, lalu kepercayaan mereka mula bercampur dengan kepercayaan yang telah diamalkan di lembah tersebut. Menurut catatan sejarah dan kajian ketamadunan, penduduk di lembah tersebut sememangnya didapati mempunyai kepercayaan politesme iaitu satu kepercayaan yang mengamalkan penyembahan menganuti kewujudan banyak dewa atau tuhan di alam ini. Hasil dari percampuran ini lahirlah dan berkembangnya agama Hindu.

Menurut sesetengah sarjana dan pengkaji agama, perkataan Hindu itu sebenarnya berasal daripada perkataan Sindhu atau Indus iaitu sebuah sungai yang terdapat di India. Penamaan agama ini sebagai Hindu adalah berasal atau bersemperna dengan kedudukan asal pengamal kepercayaan dan falsafah Veda ini, iaitu di sekitar Lembah Indus. Malah, agama Hindu pernah menjadi amalan dan kepercayaan rasmi bagi sebuah tamadun yang merupakan tamadun yang tertua di dunia iaitu Tamadun India (sebelum 3000 tahun B.C) yang pernah berpusat di Lembah Indus.

(nukilan kitab : Agama-agama di Dunia , terbitan : Universiti Sains Islam Malaysia)

Isnin, 2 Jun 2014

Download Kitab Khat Riq'ah ( free )


Assalamualaikum..segala puji itu hanyalah kepada Allah serta selawat dan salam kepada nabi Muhammad saw saya selawatkan..alhamdulillah,di sini saya ingin berkongsi buku khat thulus yang saya peroleh dengan rakan-rakan sekalian. Rakan-rakan sekalian yang minat untuk belajar khat Riq'ah boleh la rakan-rakan sekalian download karya ini di sini.

sila klik : DOWNLOAD

Insyalah,yang baik itu dari Allah swt..dan yang lemah dan kurang itu dari kelemahan dan kesilapan saya.

Wallahua'lam.

Sabtu, 31 Mei 2014

Download Nasyid Raihan ( free )


TAJUK LAGU
LINK UNTUK DOWNLOAD
Raihan - 10 malaikat.mp3

Raihan – Ababil mp3
Raihan - Assalamu'alaikum.mp3
Raihan – Dunia.mp3
Raihan - Iktibar Ramadhan.mp3
Raihan – Kehidupan.mp3
Raihan - Harapan ramadhan.mp3

Raihan -10 Malaikat