Pertama kali beliau berucap di hadapan khalayak ramai pada tahun 1940 yang dihadiri seramai 15 orang, ucapannya bertajuk “Muhammad rasul sejahtera”. Kemudian disusuli ucapan di Durban di mana jumlah yana hadir seramai 2000 orang. Pada masa itu juga beliau menyebabkan penganut Kristian dan Hindu marah dan geram kerana beliau memetik beberapa ayat yang bercanggah antara satu sama lain dalam kitab suci mereka. Beliau adalah seorang yang telah dianugerahkan daya ingatan yang sangat kuat.
Beliau bekerja sebagai kerani penghantar surat di salah sebuah kilang “Simplex furniture factory”. Di samping itu beliau berjaya mengislamkan Daddan Bingo dan mencetak kad perniagaan untuk kaum Zulu. Sebagai seorang jurujual yang mahir, beliau turut aktif berdakwah dan mampu mendapat pendapatan yang lumayan. Sifat beliau yang sederhana dan juga kedudukan rumah beliau yang berdekatan dengan masjid, beliau sering kali mempelawa orang ramai untuk datang ke rumahnya menikmati makanan, seterusnya membolehkan beliau menjelaskan mengenai Islam.
Sumbangan Beliau.
Ahmad Deedat dikenali sebagai pendakwah yang boleh bermujadalah (berdebat) dengan hebat khususnya kepada masyarakat Kristian. Beliau bukan sahaja menguasai al-Quran dengan baik malah turut menguasai Bible oleh kerana ramai orang Islam di Cape Town terdiri daripada hamba dan tahanan politik yang dibawa dari luar dan ditempatkan di Good Hope Center, mereka merasakan sangat tertekan dengan status warga Negara kelas kedua dan tekanan daripada pihak Missinary Kristian yang keras. Debat Syeikh Ahmad Deedat telah memberi tamparan hebat kepada gerakan missionary yang agresif, seterusnya populariti beliau meningkat dan memberi sokongan moral kepada masyarakat Islam.
Pada tahun 1957 beliau telah mendirikan Islamic Propagation Center ( IPC ) di Durban bersama dengan 2 orang pengasas yang lain dan seterusnya menubuhkan AS-SALAM, iaitu sebuah Akademi Dakwah standing dengan Adams Mission yang dibangunkan oleh pihak Kristian. Antara perdebatan penting beliau ialah berdebat dengan Profesor Floyd E. Clark di Dewan Royal Albert Hall, London yang bertajuk “Crurifixion of Jesus” dan debat dianggap “Great Debate” bersama Jimmy Swaggart dari Amerika yang bertajuk “Is the Bible the word of God?” pada tahun 1985. Seterusnya beliau dianugerahkan King Faisal Award kerana khidmatnya kepada Islam. Usahanya diteruskan lagi dengan menjelajah ke merata negara seperti Morocco, Kenya, Sweden, Australia dan Denmark. IPC yang diasaskan oleh beliau seterusnya dinaiktaraf kepada Islamic Propagation Center International ( IPCI ). Beliau mengedarkan lebih 200 juta naskhah buku dan pita video secara percuma untuk tujuan dakwah. Menerusi dakwah beliau, Dawud Ngwani 63 tahun, merupakan bekas tokoh Katolik di Afrika Selatan memeluk Islam.
Karya beliau terdiri daripada 24 risalah dan sekitar 250 ceramah dan debat. Antara karyanya ialah The Choice Between Islam and Christianity (vol. 1&2); is the Bible God’s Word Al-Quran the miracle of miracles; what is his name?; Christ in Islam; what was the sign of Jonah?;What the Bible says about Muhammad (pbuh); Resurrection or Resuscitation; Arab and Israel’ Conflict or Conciliation dan Crucifixion or crucifiction.
Kehebatan beliau ialah menguasai Bible Perjanjian Lama dan Baru khususnya mengenai kelemahan-kelemahan serta penambahan-penambahan yang telah dilakukan oleh para penulis Bible seperti Mark, Luke, John dan Mathew. Sumbangan beliau sangat besar dalam bidang dakwah di kalangan penganut Kristian dan keberanian beliau berdebat telah menggerunkan beberapa paderi Kristian, tindakan proaktif yang tidak mampu dilakukan oleh ramai ulama lain. Sehingga kini terdapat beberapa individu yang mengikut jejak beliau dalam menguasai Bible serta berdebat dengan beberapa paderi Kristian seperti Dr. zakir Naik dan Syabbir Ally terutamanya untuk menjawab peranan yang diperintahkan oleh Allah swt iaitu :
Maksudnya : “Wahai ahli kita, marilah kepada satu kalimah yang sama antara kami dan kamu, kita tidak menyembah kecuali Allah dan kita tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu”.
( Surah Ali Imran : 64 )
[1] Menurut kitab: profil Cendekiawan Islam, terbitan : Universiti Sains Islam Malaysia, 2011, m/s 12-13.