-Pintu-pintu neraka diperbuat daripada besi.
- Hamparannya adalah duri-duri.
- Penutupnya adalah kegelapan.
-Buminya tembaga dan timah hitam
Besarnya saiz neraka adalah seperti digambarkan dalam hadis yang bersumber daripada Abdullah bin Mas’ud yang mana Rasulullah s.a.w bersabda :
“Jahannam akan dibawa dating pada hari kiamat mempunyai 70,000 tali pengekang. Setiap tali pengekang ditarik oleh 70,000 malaikat”.
Di dalam neraka terdapat bukit-bukau, parit, lembah, laut dan sebagainya. Buktinya menurut hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi bersumberkan daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a bahawa Rasulullah s.a.w :
“As-Sa’ud adalah sebuah bukit daripada apa. Ia didaki oleh orang kafir selama 70 tahun dan mereka terjatuh ke dalamnya selama itu juga. Demikianlah selama-lamanya berlaku”.
Mahligai dalam neraka.
Dalam neraka juga mempunyai mahligai yang dikenali sebagai Hama’, yang mana orang-orang kafir dicampakkan dari bahagian atas, lalu jatuh selama 40 tahun, sebelum sampai ke bawah ke dalamnya.
Penyakit dalam neraka.
Di dalam neraka terdapat 70 jenis penyakit untuk penghuninya. Setiap penyakit adalah satu juz daripada juzuk-juzuk neraka Jahannam.
Laut dalam neraka.
Hal ini sepertimana yang diriwayatkan oleh Abu Hadbah Ibrahim bin Hadbah berkata: Anas bin Malik mencerikakan kepada kami, katanya : Rasulullah s.a.w bersabda :
“Sesungguhnya di dalam neraka Jahannam terdapat lautan yang hitam pekat serta amat busuk baunya. Allah s.w.t akan menenggelamkan di dalamnya orang yang makan rezeki-Nya tetapi menyembah selain-Nya”.
Lembah dalam neraka.
Di dalam neraka terdapat juga sebuah lembah yang dikenali sebagai Lam Lam seperti yang dilaporkan oleh Ibn Al Mubarak daripada Abu Hurairah r.a . setiap lembah yang lain di dalam Jahannam memohon perlindungan Allah daripada kepanasan lembah Lam Lam.
[1] Menurut kitab : misteri di sebalik tiupan sangkakala, terbitan : Sinar Media Services, cetakan 2008, m/s :169-172.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan